Euforia Bola 2026
Trending By: Fatin Nurain July 5, 2022 @ 3:05pm

“Tidaklah Saya Pakai Bikini…” – Imej Seksi Sering Dikecam Netizen, Emma Maembong Mohon Tak Libatkan Anak

Pelakon Emma Maembong atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail, 30, tampil mengulas isu mengenai dirinya berpakaian seksi selepas sering dikecam netizen.

Malah, ada juga yang mendakwa pelakon itu lebih kerap berpakaian seksi sejak bergelar ibu kepada cahaya mata lelaki, Shariq Gabriel yang kini berusia setahun enam bulan.

Menurut Emma, dia lebih selesa menjadi diri sendiri dengan mengenakan pakaian yang sesuai dan menganggap apa yang dilakukan untuk menghargai dirinya.

“Sebenarnya, saya pakai apa yang saya rasakan selesa. Jika diikutkan, cara saya berpakaian sama sejak remaja lagi.

“Takkan bila berkahwin dan memiliki anak, saya kena berubah. Bagi saya, anak adalah rezeki dan biarlah saya menjadi diri sendiri.

“Ada netizen beranggapan saya berpakaian seperti budak-budak, tetapi itulah cara saya menghargai hidup. Selagi selesa, saya pakai. Seperti bercuti di pulau, saya pakai pakaian yang sesuai.

“Jika ada yang tidak suka melihat cara saya berpakaian, tidak mengapa. Saya sentiasa positif dengan apa yang dilakukan,” katanya

Namun, pelakon itu tegas memohon agar netizen tidak mengaitkan anaknya dalam isu tersebut dan berharap agar mereka mendoakan yang baik-baik untuk dirinya.

“Bohonglah, saya tidak mahu berubah, suatu masa nanti. Siapa tahu saya kembali berhijab dengan doa yang baik-baik.

“Sebagai wanita, saya akan berhijab juga pada penghujungnya. Berubah sudah pasti, tetapi janganlah kaitkan dengan anak saya,” katanya.

Selain itu, Emma juga menjelaskan dia masih tahu menjaga batasnya sebagai ibu dan isteri biarpun tetap dengan pendiriannya untuk memakai pakaian yang disukainya.

“Tidaklah saya memakai bikini. Saya masih tahu batasannya, cuma sekarang biarlah saya menghargai diri dengan memakai apa yang saya nak,” katanya.

Pelakon jelita itu juga menyatakan dirinya tidak mahu bertikam lidah dengan netizen demi kesihatan mentalnya, sebaliknya mahu fokus menjaga rumah tangganya dan anak yang masih kecil.

“Saya sudah berusia 30 tahun, memiliki suami dan anak. Inilah perkara yang saya impikan sejak dahulu. Jadi, saya perlu memberi perkara terbaik untuk menjaga rumah tangga.

“Buatlah apa sahaja, saya tak mampu menutup mulut netizen dari terus mengecam. Memang saya tak mampu mahu memuaskan hati semua orang.

“Jadi, tiada guna membalas kata-kata netizen. Ada baiknya, saya fokus kepada anak yang masih kecil. Sekarang, semuanya saya fikir soal anak,” katanya.

Sementara itu, Emma juga sempat meluahkan hasratnya untuk menambah cahaya mata kedua kerana memang impiannya untuk mempunyai anak yang ramai, namun masih belum dikurniakan rezeki.

Emma dan Muhammad Shazli Azhar telah mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020 dan dikurniakan bayi lelaki, Shariq Gabriel.

Sumber: Berita Harian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Thu, 1 Sep 2022
Hiburan Wed, 21 Jan 2026
Trending Fri, 16 Apr 2021
Featured Tue, 17 May 2022
Featured Thu, 13 Oct 2022
Featured Mon, 29 May 2023

Kongsi Quotes Berbaur ‘Kehilangan’ Cinta, Status Noor Nabila Cetus Tanda Tanya – “Life Is A Wild Ride…”

Huishhhh, deep betul ni! 🫠 Min harap mummy Jebat ni baik baik saja ❤️❤️

Trending Wed, 13 Nov 2019

Apink Got Pink Pandas Screaming “Mr. Chu!” at LAZADA 11.11 Super Show 2019

Apink got fans saying “I’m So Sick” after screaming “Mr. Chu” too loud, out of “Luv” for the girls.

error: Content is protected !!