Trending By: Salma Syahbuddin July 13, 2020 @ 11:52am

Tindakan Kejam Lelaki Ini Bunuh 3 Ekor Kucing Hingga Hidung Berdarah & Mulut Berbuih

Tindakan seorang lelaki yang memasukkan tiga ekor kucing ke dalam mesin basuh di kedai dobi layan diri semalam betul-betul menyayat hati.

Berdasarkan rakaman CCTV, seorang lelaki dalam lingkungan 30-andilihat mengangkat seekor demi sekor kucing terbabit ke dalam mesin basuhkira-kira jam 5.30 pagi.

Mohon viralkan. Kejadian hari ini di Kepong, KL. 3 ekor kucing dimasukkan ke dalam dryer sebuah kedai dobi hidup2 ???????????????? *…

Posted by Afiqah Nur on Sunday, 12 July 2020

Hidung berdarah, mulut berbuih dan lidah terjelir

Sumber : Google

Menurut penghuni apartmen itu yang hanya mahu dikenali sebagai Raidah, 39, bangkai kucing itu ditemuinya ketika mahu mencuci pakaian di premis berkenaan kira-kira 9 pagi.

Katanya, dia terkejut sebaik mendapati terdapat bangkai kucing di dalam tiga daripada kira-kira 10 mesin basuh di premis terbabit.

“Saya terkejut dengan keadaan bangkai haiwan itu apabila mendapati dua daripada kucing terbabit mengalami pendarahan pada hidung serta mulut berbuih.

“Seekor lagi kucing yang sedikit kecil daripada dua kucing berkenaan pula dilihat dalam keadaan lidahnya terjelir,”  Katanya.

Tindakan yang amat kejam

Sumber : Google

Berdasarkan rakaman CCTV, seorang lelaki dilihat meletakkan kucing berkenaan secara bergilir-gilir ke dalam mesin terbabit jam 5.30 pagi ketika kawasan dobi itu dilihat agak lengang.

“Menurut pengawal keselamatan di apartmen ini, lelaki terbabit dipercayai penghuni di kawasan ini. Tambahnya.

Alami masalah mental

Sumber : Google

Menurut seorang saksi, lelaki terbabit sebenarnya kurang siuman dan hidup gelandangan selama ini selepas kematian ibu bapanya.

“Dia kebiasaannya akan merayau dan berjalan kaki dari Aman Puri ke Taman Ehsan Kepong dan selalunya tidur di parkir di kawasan perumahan ini.

” Ketika saya dan rakan menjumpainya, dia langsung tidak bertindak agresif dan tidak lama kemudian polis datang sebelum empat pegawai dari Jabatan Perkhidmatan Veterinar tiba kira-kira 12 tengah malam” Jelasnya.

Bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata kes ini akan disiasat mengikut Akta kebajikan Haiwan 2015.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 22 Dec 2022

Sempoi Layan Pengamal Media, Anwar Ibrahim Ajak Pergi Kelantan Lawat Mangsa Banjir

@jason.yew Siapa nak ikut? PM bergerak ke Kelantan selepas sidang media #kerajaanperpaduan #DemiPertiwi #DSAIPM10 #anwaribrahim #banjir2022 #foryou ♬ original sound – JASON Update Tular sebuah video memaparkan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim sempoi […]

Hiburan Tue, 1 Mar 2022

Dayang Nurfaizah Kagum Dengan Bakat Amir Masdi

Penyanyi popular, Dayang Nurfaizah, 41, mendedahkan dirinya sudah lama kagum dengan bakat yang dimiliki oleh penyanyi Amir Masdi. Kini, Dayang dan Amir muncul dalam sebuah single duet balada moden yang berjudul Debu yang dicipta oleh […]

Trending Mon, 12 Oct 2020
Featured Fri, 7 Apr 2023
Hiburan Sun, 2 Apr 2023
Trending Sat, 20 Apr 2019

Kerana Kekasih Facebook Wang Hantaran RM60,000 Lesap

Hanya kerana percaya habis duit hantaran lesap