Trending By: SGMS Putri January 14, 2018 @ 3:14pm

Tolonglah Berhenti Buat Kerja Tak Elok Ini !!

Tak serik-serik nampaknya kes ‘curi rakam’ dan siaran langsung menerusi media sosial. Tak kesian ke dengan penggiat filem kita? Penat dorang buat, senang dorang rakam dalam diam dan kongsi secara free. Amboi-amboi…

Pengarah filem Pinjam Hatiku, Osman Ali sekali lagi mengalami nasib sama selepas filem arahan beliau menjadi mangsa, baru-baru ini.

“ Saya sudah mengambil tindakan apabila filem Pinjamkan Hatiku menjadi mangsa ‘curi rakam’ dalam insiden pertama pada hari kedua tayangan, Disember lalu. Kalau masih ingat, pada hari kedua filem Pinjamkan Hatiku ditayangkan di pawagam, ada penonton ‘curi rakam’. Selepas kami ambil tindakan tegas, mereka hentikan perbuatan itu, tidak ada siapa berani buat.

“Malangnya, empat hari lalu selepas filem ini disiarkan Astro First, sudah ada pihak yang berani membuat siaran langsung di Facebook dan laman sosial yang lain. Saya terima banyak pautan filem itu. Nampaknya, terang-terangan individu terbabit tanpa rasa segan silu, takut dan bersalah menyiarkan filem saya secara haram,” katanya kepada BH Online.

Osman mendakwa berikutan insiden itu, filem Pinjamkan Hatiku disaksikan ratusan ribu penonton, malah dikongsi belasan ribu orang.

September lalu, filem arahan Osman, Kau Yang Satu turut menjadi mangsa kes ‘curi rakam’ dan siaran langsung melalui laman sosial. Osman berkata, orang ramai perlu menghormati filem baharu yang habis ditayangkan di pawagam sebelum disiarkan Astro First.

“Kenapa mereka begitu mudah tanpa berfikir panjang berbuat demikian? Jika disiarkan secara haram, jumlah pelanggan Astro First juga akan berkurangan. Saya fikir golongan yang suka melakukan ‘curi rakam’ dan menyiarkan secara langsung ini mahu mendapatkan pengikut yang banyak selain meraih populariti.

“Masalahnya, risiko ditanggung penerbit sendiri apabila ada pihak yang berminat menyiarkan filem kita di luar negara. Namun, disebabkan kegiatan tak bermoral ini disebarkan di YouTube dan laman sosial lain, hasrat itu terbantut,” katanya.

Sumber: BH Online

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 7 May 2023

Meriah! Penonton Puas Imbau Momen Nostalgia Nyanyi Lagu ‘Evergreen’ Di Konsert ‘Raya Sepanjang Zaman’

Meriah sangat Konsert Raya Sepanjang Zaman bersama Datuk Hail Amir, Biduanita Sanisah Huri, Ziana Zain dan Bob Yusof! Mengimbau memori hari raya! 🥳❤️

Trending Thu, 11 Apr 2019

#JusticeForAudrey: Teenage Girl Brutally Bullied and Hospitalised by Other Teen Girls

They’re only teenagers and they had the audacity to hurt someone else like this!

Trending Wed, 1 Aug 2018

Burger Daging Buaya Bikin Festival Makanan Kuching 2018 Gempar!

Rata-rata pengunjung yang sempat ke tapak Festival Makanan Kuching 2018 baru-baru ini, tergamam melihat seekor buaya sedang dibakar.

Featured Tue, 2 Aug 2022