Hiburan By: Fatin Nurain March 6, 2023 @ 4:05pm

Isu Pukul Isteri, Luqman Hafidz Tampil Beri Komen – “Benda Tu Tak Adil Untuk Dia”

Pelakon Luqman Hafidz tampil memberi komen berkenaan isu keganasan rumah tangga yang sedang hangat diperkatakan dalam industri hiburan tanah air, baru-baru ini.

Menurut Luqman, dia tidak bersetuju dengan tindakan seorang suami mengangkat tangan kepada isteri ketika berdepan dengan masalah rumah tangga.

Luqman turut menyifatkan setiap wanita perlu dijaga dengan baik kerana mereka tetap ibu kepada anak-anak dari hasil perkahwinan yang pernah dibina.

“Bagi saya angkat tangan tu memang is a big no sebab bekas isteri kita tu tetap ibu kepada anak-anak dia. Dalam masa yang sama, itu perempuan.

“Kalau dia bukan bekas isteri pun, perempuan adalah secara zahirnya kaum yang kita kena jaga sebab kekuatan mereka bukan macam lelaki. Kalau kita gaduh macam tu benda tu tak adil untuk dia juga.

“Bagi saya, ini peringatan untuk semua. Mungkin dia terlepas daripada menjaga emosi dia ataupun apa yang terjadi antara mereka kita tak tahu.

“Tapi pengajaran yang kita boleh ambil, kalau kita rasa tak boleh nak uruskan emosi tu, kita cari jalan lain untuk keluar dari situasi tu sekejap bagi dua-dua cool down. Kalau dua-dua api, terbakarlah rumah,” katanya kepada XTRA.

ARTIKEL BERKAITAN: Ahli Keluarga Sahkan Nurul Shuhada Cedera Di Muka Akibat Ditumbuk Hafidz Roshdi

ARTIKEL BERKAITAN: Pipi Bengkak & Terkoyak, Nurul Shuhada Kongsi Foto Keadaan Muka Ditumbuk Hafidz Roshdi

Enggan mengulas isu ini dengan lebih lanjut, pelakon yang membintangi filem Air Force The Movie: Selagi Bernyawa itu menyarankan orang ramai untuk tidak menambahkan api dan menjadikannya sebagai pengajaran.

“Untuk situasi ni, kita tak boleh nak cakap kita sama. Kita tak tahu apa masalah mereka, kita tak mendengar dari hati ke hati.

“Jadi bila isu ini makin berat saya ambil pendekatan untuk elak daripada menambahkan api. Daripada kita kata benda-benda yang tak elok, dan terus bakar dengan kata-kata orang, lebih baik kita diam.

“Sebab bagi saya lebih elok mereka selesai masalah mereka antara diorang. Cuma kalau benda tak baik tu kita perlu ingatkan supaya tak terjadi lagi dan orang lain boleh ambil pengajaran,” jelasnya.

Pernah berdepan dengan masalah rumah tangga, Luqman bagaimanapun menyatakan dirinya cuba melalui proses perceraian tersebut dengan baik demi menjaga hati dan mental ramai pihak.

“Sebelum ini saya lalui proses itu dengan sehabis baik yang saya boleh. Saya tunggu semua benda reda sebab nak jaga hati ramai pihak termasuklah diri saya sendiri sebab kita kena jaga kesihatan mental juga.

“Macam mana saya nak bekerja mencari rezeki dengan masalah yang macam tu pula kan, takut nanti work kualiti kita jatuh sebab rezeki saya ni untuk anak saya juga. Jadi benda tu yang saya selalu niatkan kat hati,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Ditumbuk & Dipermainkan Dengan Nama Allah” – Buat Pendedahan, Shuhada Dakwa Adik Ipar Bersekongkol Dengan Hafidz Roshdi?

ARTIKEL BERKAITAN: “Sakit Jahit Lagi Sakit Dari Beranak” – Mahu ‘Move On’, Nurul Shuhada Takkan Putuskan Hubungan Ayah & Anak-Anak

ARTIKEL BERKAITAN: “Kekasih Hati Takut Dikecam Lagi Sebab…” – Nurul Shuhada Dedah Punca Ditumbuk Hafidz Roshdi!

ARTIKEL BERKAITAN: Timbul Spekulasi Perceraian, Luqman Hafidz Pilih Untuk ‘Kunci Mulut’ – “Saya Mahukan Ketenangan”

ARTIKEL BERKAITAN: Luqman Hafidz Mengaku Sudah Bercerai 7 Bulan Lepas – “Saya Mohon Titipkan Doa Yang Baik-Baik”

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas Isteri Dedah Luqman Hafidz Curang Punca Perceraian? – “Semoga Bahagia Di Atas Penderitaan Saya”

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 17 Oct 2021

Masjidil Haram Umumkan Tiada Penjarakan Fizikal

Sejak tercetusnya COVID-19, Masjidil Haram dibenarkan beroperasi mengikut kapasiti penuh dengan jemaah menunaikan solat tanpa dibatasi penjarakan fizikal buat pertama kali. Difahamkan, kumpulan pekerja menanggalkan penanda di lantai sebagai panduan untuk orang ramai melakukan penjarakan

Trending Fri, 29 Jan 2021
Hiburan Sat, 23 Jun 2018

Jangan Salahkan Pendatang, Rakyat Malaysia Baiki Diri Dulu -Chef Wan

Baru-baru ini, Kementerian Sumber Manusia mengarahkan semua restoran dan kedai makan di negara ini untuk mengambil tukang masak tempatan di premis masing-masing bermula 1 Julai ini. Hal ini turut mendapat perhatian ramai termasuklah Chef terkenal

Hiburan Mon, 29 Aug 2022
Hiburan Fri, 17 Nov 2017

TRIPLE CANTIK! IZARA AISYAH

Jom! Kita lihat beberapa foto Izara Aisyah yang cukup memukau pada Majlis berinai beliau.

Hiburan Sat, 4 Aug 2018

Wohoo, Blues Gang Buat Comeback September Depan!

Kali ini kami muncul berlima sahaja memandangkan salah seorang daripada anggota Blue Gang, Jim Mandasamay meninggal dunia April lalu.

Trending Mon, 12 Jul 2021

Tampil Dengan Single ’Aku Budak Boy’, Neon Band Band Tumpang Populariti Lagu ’Aku Budak Girl’?

Lagu ‘Aku Budak Girl’ daripada bintang Tik Tok, Suekhaizhar telah menjadi antara lagu paling popular tahun ini dengan pencapaian video #1 paling trending di YouTube untuk satu tempoh yang panjang dan jumlah tontonan video lirik

| Live TV