Trending By: Fatin Nurain August 18, 2023 @ 10:00am

Tragedi Pesawat Terhempas: Rakan Baik Dedah Ini Kali Kedua Khairil Azwan Terbabit Nahas Udara

Rakan baik kepada Khairil Azwan Jamaluddin yang merupakan mangsa tragedi pesawat terhempas di Elmina, semalam tampil mendedahkan bahawa ini merupakan kali kedua Allahyarham terlibat dalam nahas udara.

Menurut rakan baiknya yang juga merupakan Ketua Cawangan Pengurusan Operasi Udara, Bahagian Udara Ibu Pejabat Bomba Putrajaya, Roslan Aziz, kali pertama mangsa terbabit dalam nahas udara bersamanya, pada 16 September 2010.

Difahamkan ketika itu Khairil Azwan merupakan pembantu juruterbang yang membantu menyelamatkan Roslan sebagai juruterbang dari sebuah helikopter yang terhempas dalam kejadian 13 tahun lalu.

Tambah, sewaktu kejadian itu berlaku Khairil Azwan menjadi pembantunya dalam operasi tinjauan udara pada musim perayaan Aidilfitri di Lebuhraya Pantai Timur dari Gombak, Selangor ke Kuantan, Pahang.

Namun, nasib tidak menyebelahi mangsa kali ini apabila namanya tersenarai sebagai antara penumpang yang maut dalam nahas pesawat terhempas di Elmina, semalam.

“Ketika kemalangan itu, dialah yang menyelamatkan saya dengan mengeluarkan saya dari bangkai helikopter dan memberikan rawatan awal kepada saya yang cedera parah sebelum bantuan tiba.

“Kemalangan berlaku pada kira-kira 10.30 pagi akibat cuaca buruk dan pesawat cuba untuk berpatah balik tetapi gagal kerana jarak penglihatan yang sangat terhad dan kami terpaksa terbang rendah bila kami terlanggar dan terhempas di kawasan bukit,” katanya.

Anggota Bomba berusaha memadam kebakaran pesawat terhempas di Elmina, semalam. FOTO BERNAMA

Sementara itu, Roslan turut menyatakan Khairil Azwan merupakan individu yang dirujuknya untuk mendapatkan maklumat jika berlaku sebarang nahas seperti itu.

“Kali ini bila dengar ada kejadian kapal terbang terhempas di Elmina, saya cuba telefon dia untuk dapatkan maklumat tetapi sebaliknya dapat tahu nama dia tersenarai dalam manifest penumpang yang maut dalam nahas itu,” jelasnya.

Beliau turut menyifatkan rakan baiknya itu seorang yang periang, sentiasa mengambil berat tentang rakan-rakan dan selalu bersemangat untuk terbang serta sentiasa berpesan kepada rakan-rakan untuk terbang dengan selamat.

Khairil Azwan, yang menyertai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia pada 2005, menjadi pembantu Roslan selama tiga tahun sebelum menamatkan perkhidmatannya enam tahun kemudian untuk menyertai syarikat penerbangan swasta.

Nama Khairil Azwan berada dalam senarai penumpang yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) namun identiti mangsa perlu disahkan melalui proses forensik.

Terdahulu, Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan tiada penumpang yang terselamat dalam nahas pesawat itu, yang dilaporkan dalam perjalanan dari Langkawi ke Subang, semalam.

ARTIKEL BERKAITAN: Tragedi Pesawat Terhempas: Anwar Ibrahim Zahir Ucapan Takziah Kepada Keluarga Mangsa

ARTIKEL BERKAITAN: Tragedi Pesawat Terhempas: Mayat Mangsa Berkecai & Tidak Sempurna… Menteri Pengangkutan Gesa Orang Ramai Tidak Buat Sebarang Spekulasi

Sumber: BERNAMA & Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 24 Nov 2022

“Pendarahan Masih Berterusan Secara On-Off”- Ungku Ismail Mohon Doa Untuk Nad Zainal

Ramai artis yang terlibat mendoakan dan membacakan Yassin buat Nad Zainal…

Featured Wed, 21 Dec 2022

“Doktor Kata Boleh Tambah Lagi…” – Anak Nora Ariffin Tak Nak Adik, Pilih Tambah Amal Ibadah

Bukan senang kan nak besarkan anak lebih-lebih lagi zaman sekarang ni..

Featured Fri, 9 Dec 2022

[VIDEO] “Suddenly My Handphone ‘Hang'” – Siti Nurhaliza ‘Speechless’ Jumpa Gordon Ramsay

Comel je gelagat Siti Nurhaliza ni ekk 🥰🥰 Macam tu jugak la reaksi kita bila jumpa TokTi 🤪🤩🤣

Trending Fri, 4 Oct 2019

Anak Angelina Jolie Jadi Rapper di Korea?

Besar dah Maddox Jolie-Pitt…