Featured By: Marcella November 9, 2021 @ 2:15pm

Akibat Kasari Penunggang Motosikal, Pemandu ‘Samseng Jalanan’ Diburu Polis

Polis sedang mengesan seorang pemandu kereta yang bertindak kasar seperti samseng jalanan terhadap penunggang motosikal di jalan raya pada Isnin.

Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan, kejadian itu sempat dirakam oleh seorang pengguna jalan raya yang berada di tempat kejadian.

“Berdasarkan video berdurasi 58 saat itu, dipercayai berlaku di kawasan jalan raya lampu isyarat Bandar Teknologi di Kajang berdasarkan kenyataan daripada perakam video,” katanya.

Jelasnya, tiada sebarang laporan polis dibuat berhubung kejadian itu oleh mana-mana pihak atau individu.

“Bagaimanapun, pihak polis telah membuat satu laporan polis maklumat pertama (FIR) untuk siasatan dijalankan bagi mengesan pelaku dan mangsa dalam kes ini.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 323/506 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan kepada mangsa dan ugutan yang mendatangkan ketakutan atau kegusaran kepada mangsa,” ujarnya.

Tambahnya, polis menyeru orang awam yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu tampil membantu pihak polis dengan menyalurkan maklumat supaya pelaku tersebut dibawa ke muka pengadilan.

“Orang ramai juga dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi negatif mengenai kejadian itu dan tidak mengambil tindakan undang-undang sendiri untuk menyelesaikan sesuatu masalah.

“Sebarang maklumat berkaitan boleh disalurkan ke mana-mana balai polis berhampiran atau pegawai penyiasat kes, Inspektor Mohd Ali Hamzah di talian 019-866 0324,” jelasnya.

Sementara itu, berdasarkan klip video tersebut, seorang lelaki yang memandu kereta jenis Proton Persona keluar dari keretanya lalu memarahi dan mengasari seorang penunggang motosikal dengan menendang motor serta mangsa yang dilihat terkaku ketakutan.

Bagaimanapun, punca pergaduhan antara mereka tidak diketahui.

Sumber: Kosmo!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 29 Jan 2020
Hiburan Mon, 9 Sep 2019

Kehadiran Aafiyah Gamatkan Majlis Hari Jadi Ala Bohemian Catriona Ross

Baru-baru ini pelakon versatil yang dikenali sebagai Catriona Ross telah menyambut hari jadinya yang ke-39 pada 2 September 2019 di Fukuoka, Jepun berduaan dengan suaminya. Semalam, bintang jelita ini dikelilingi lebih kurang 36 orang kenalan […]

Trending Thu, 6 Aug 2020

Kos Tunai Umrah Dijangka Meningkat

Apapun, ia meliputi aspek keselamatan para jemaah

Featured Fri, 27 Aug 2021

Isu Pegawai Halang Rakam Video Di PPV, Ini Respons KJ Sebagai Menteri Kesihatan Baharu!

Isu melibatkan rakaman video di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) sering menjadi perdebatan dalam kalangan ramai. Walaupun kerajaan membenarkan rakaman video ketika suntikan diberikan di PPV, namun terdapat banyak situasi berlaku di mana orang awam tidak […]

Events Fri, 26 Apr 2019

Ingin Menjadi Bintang? Serlahkan Bakat Di Nova Academy

Jadikan impian korang satu kenyataan!

Hiburan Fri, 21 Jun 2019

Tahniah! Amar Asyraf Dapat Anak Kedua

Alhamdulillah…Tahniah Amar & isteri!

Hiburan Fri, 30 Mar 2018

Neelofa Gembira Dengan Diri Sendiri?

Justeru itu, tidak hairanlah jika wanita sepertinya dijadikan sebagai inspirasi kerana sentiasa positif dan terus mengorak langkah dalam bidang yang diusahakannya

Hiburan Sat, 30 Mar 2024