Featured By: Attiqah Mohd July 22, 2021 @ 3:16pm

Bantuan RM 500 Selama 3 Bulan Masih Dibuka Untuk OKU, Jom Mohon!

Menerusi Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH), kerajaan memberikan bantuan kewangan RM500 seorang untuk tempoh tiga bulan, bagi membantu golongan kurang upaya yang kehilangan pekerjaan atau ketiadaan kerja, serta bukan dalam kalangan penerima bantuan Elaun Pekerja Cacat sedia ada.

Inisiatif itu akan memanfaatkan seramai 20,000 individu Orang Kurang Upaya (OKU) dengan jumlah peruntukan RM30 juta.

Bantuan ini dikhaskan kepada bukan penerima Bantuan Bulanan JKM sebagai insentif kepada OKU yang produktif tetapi terkesan disebabkan oleh pandemik COVID-19 selama hampir 1½ tahun.

Tarikh Permohonan

Mulai 19 Julai 2021 hingga 6 Ogos 2021.

Kadar Bantuan

RM500 sebulan seorang setiap bulan untuk tempoh 3 bulan.

Syarat Kelayakan

  • OKU yang berdaftar dengan JKM;OKU yang berumur 16 tahun ke atas dan bekerja
  • OKU bukan penerima Bantuan Bulanan JKM;Pekerja OKU yang terkesan kerana diberhentikan kerja, dibayar separuh gaji/pendapatan berkurangan atau diarah bercuti tanpa dibayar gaji; dan OKU yang bukan kakitangan kerajaan

Cara Permohonan

Permohonan boleh dikemukakan melalui beberapa kaedah seperti berikut:

KAEDAH 1 – GOOGLE FORM

Isi borang Permohonan Bantuan Kewangan Khas OKU (Pakej PEMULIH) melalui Google Form yang terdapat di laman web JKM iaitu www.jkm.gov.my

KAEDAH 2 – DROPBOX / E-MEL

Permohonan secara mengisi borang yang boleh dimuatturun daripada laman web JKM iaitu www.jkm.gov.my (seperti dalam Lampiran A) dan dihantar ke PKMD / dimasukkan dalam dropbox yang disediakan atau menghantar semua dokumen dalam bentuk pdf ke alamat emel [email protected]

Permohonan secara mengisi borang dan dihantar kepada pihak NGO untuk diserah kepada pihak PKMD atau menghantar semua dokumen dalam bentuk pdf ke alamat emel [email protected]

Setiap pemohon perlu muat naik (upload) atau sertakan dokumen
sokongan seperti berikut:

Salinan Kad OKU / Dokumen Pengenalan Sementara OKU;Salinan muka depan buku akaun bank yang aktif / slip berkaitan no akaun bank / sebarang dokumen sokongan yang berkaitanSemakan Kelulusan

Permohonan yang lengkap dan yang telah diluluskan akan diproses dalam masa 14 hari.

Sila rujuk e-mel untuk maklumbalas atau maklumat terkini di laman web JKM : https://www.jkm.gov.my/

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 25 Nov 2020
Featured Wed, 6 Mar 2019

Cinta pasangan China-Malaysia ini berputik melalui laman Friendster, bacalah kisah romantik mereka!

Mereka bertuah kerana bukan semua hubungan cinta atas talian berkekalan.

Trending Mon, 16 Mar 2020

Konsert Khai Bahar: Dari Smule Ke Pentas Dunia Ditangguhkan, Bimbang Penularan Wabak Covid-19

  KONSERT sulung penyanyi Khai Bahar, Konsert Khai Bahar: Dari Smule Ke Pentas Dunia yang dijadual berlangsung pada 27 dan 28 Mac ini di Istana Budaya (IB), Kuala Lumpur ditunda ekoran penularan wabak Covid-19. Perkara […]

FESYEN Fri, 5 Apr 2019

Harga Mampu Milik! Dapatkan Telekung Nur By Arjana

Jangan risau, korang boleh dapatkan potongan harga sebanyak 10% dengan mangaktifkan kod promosi di www.blancheur.co. Diskaun harga ini terhad sehingga 10 April 2019!

Hiburan Fri, 1 Mar 2024
Trending Tue, 24 Apr 2018

Berjaya Tukar Nama, Selamat Tinggal Kentut!

Ihsan berkata anak lelakinya sering enggan ke sekolah kerana selalu diejek rakan-rakannya. Lihat betapa besar pengorbanan bapanya kepada anak, sanggup menukar nama!

Selebriti Sat, 16 Sep 2023
Trending Mon, 21 Oct 2019