“Banyak Benda Tak Sopan Saya Lakukan…” – Fauziah Gous Fokus Buat Kebaikan, Tak Boleh Ubah Masa Lalu

Usahawan dan pelakon, Datin Fouziah Gous berusaha memperbaiki kehidupan ke arah lebih baik pada masa akan datang.

Melalui perkongsian-perkongsiannya di Instagram, Fouziah dianggap sebagai selebriti yang memberi inspirasi bukan sahaja dalam bidang perniagaan malah dalam usaha mendekati al-Quran.

Fouziah juga ingin menjadi contoh yang baik untuk anaknya supaya masa lalunya boleh dijadikan pengajaran.

“Melalui ‘posting’ saya khatam al-Quran yang dimuat naik, saya sebenarnya hanya lakukannya untuk diri saya sendiri. Namun tak sangka pula ia memberi inspirasi kepada semua selebriti. Saya tak rancang semua ini.

“Saya mula kongsikan hal sebegini agar anak saya tahu benda baik yang saya buat. Sebab dahulu ada banyak benda tak sopan saya lakukan.

“Kalau saya nak padam apa yang pernah jadi, tak boleh. Setidaknya saya cuba menjadi yang terbaik,” katanya.

Menurut Fouziah Gous atau nama sebenar Nor Fouziah Mohd. Gous dia mengakui lega melihat kelihatan perubahan industri seni hiburan tanah air pada hari ini.

“Saya suka tengok industri sekarang yang sudah meraikan orang yang berhijab.

“Jika dulu, Kalau nak tandatangan buat ‘endorsement’ sekalipun, kita perlu akur ada syarat yang mengatakan kita tidak boleh berhijab selama beberapa tahun.

“Namun hari ini, semua lebih terbuka untuk menerima pelakon yang berhijab. Kita sudah boleh beradaptasi dengan pelbagai watak walaupun berhijab,” katanya.

Sumber: Getaran

Maya Basir