[VIDEO] Jual Rumah Bernilai RM1.2 Juta, Netizen Anggap Kifarah Buat Shuk Sahar Akibat Curang – “Bye Bye Ferrea..”

Pelawak Shuk Sahar memuat naik satu video perkongsian di akaun Instagram (IG) miliknya yang memaparkan situasi barang-barang di dalam rumahnya sedang dikemaskan baru-baru ini.

Menerusi video tersebut, Shuk atau nama sebenarnya Mohammad Shukri Mohamed Sahar menyatakan dia telah menjual rumahnya yang dipanggil Ferrea.

Ferrea bernilai RM1.2 juta terletak di Denai Alam, Shah Alam, Selangor dan Shuk mengucapkan selamat tinggal kepada rumahnya serta berharap ada rezeki yang lebih baik di ruangan kapsyen.

“Insya-Allah ada yang lebih baik bye bye Ferrea,” tulisnya.

Susulan perkongsian tersebut, rata-rata warganet mengaitkan video terbabit dengan masalah rumah tangga yang dialaminya sehingga ada yang mendakwa penjualan rumah itu adalah kifarah kepada dirinya kerana telah berlaku curang kepada isteri.

“Bila hati isteri di sakiti.

“Bila aniaya isteri, Allah tunjuk terus kifarahnya. Semoga dipermudahkan urusan,” tulis warganet.

Walaubagaimanapun, ada segelintir rakan artis dan warganet yang memberi kata-kata semangat kepadanya untuk terus maju ke hadapan dan tabah dengan ujian yang dihadapi.

“Ya Allah babe semoga Allah selalu lindungi korang sekeluarga ya,” tulis Vicha.

“Insya-Allah ada rezeki yang lebih baik lepas ni sahabat,” tulis Balkisyh Semundur Khan.

Sehingga kini, status rumah tangga Shuk dan isterinya Rossa Sera masih menjadi tanda tanya selepas isterinya telah memfailkan penceraian pada November tahun lalu.

Hasil perkahwinan tersebut, Shuk telah dikurniakan dua orang permata hati iaitu Nur Qurratu Ain, 5 dan Nur Assyifatu Aimi, 2.

Atiqah Johari