Events By: Salma Syahbuddin January 31, 2022 @ 11:54am

Bapa Kepada The Pocket Rocketman Negara Meninggal Dunia

Jaguh berbasikal trek kebangsaan yang juga dikelanali sebagai The Pocket Rocketman, Datuk Mohd Azizulhasni Awang menerima perkhabaran duka apabila bapanya, Awang Embong, 72, meninggal dunia akibat strok awal pagi tadi.

Abang ipar Azizulhasni, Mohd Razman Mohamad, 37, memaklumkan Allahyarham Awang menghembuskan nafas terakhir pada 2 pagi di kediamannya di Dungun, Terengganu.

Mohd Razman berkata, Allahyarham baru-baru ini dimasukkan ke sebuah hospital swasta di Kuala Terengganu untuk menerima rawatan selama empat hari sebelum dibenarkan pulang petang semalam.

“Azizulhasni sememangnya sedih dengan pemergian bapanya dan meminta kami sekeluarga untuk menguruskan segala keperluan,” katanya.

Sementara itu, Majlis Sukan Negara (MSN) turut berdukacita dan mengucapkan belasungkawa kepada keluarga Azizul Hasni Awang menerusi memuat naik di laman sosial miliknya sebentar tadi.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sat, 13 Jun 2020

Kursus PraPerkahwinan Dalam Talian Bermula 1 Julai – Pengarah JAWI

Info penting buat bakal pengantin di luar sana..

Featured Thu, 30 Dec 2021

“Pakwe Kau Handsome? Botak Tak?” – Song Mino Berbahasa Melayu, Peminat Malaysia Terhibur

Penyanyi rap Korea Selatan, Song Mino, 28 baru-baru ini tampil di dalam satu video TikTok peminatnya yang menunjukkan dia berbahasa Melayu. Peminatnya yang dikenali sebagai Sara berasal dari Malaysia berpeluang membuat panggilan video bersamanya di […]

Featured Tue, 27 Dec 2022
Hiburan Tue, 26 Nov 2019
Featured Tue, 25 Jun 2019
Trending Wed, 17 Jun 2020