Cium Pipi & Tunjuk Kem*luan Kepada Anak Saudara Sedang Potong Bawang, Buruh Didenda RM5,000

Seorang pekerja buruh didenda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya, Pada Isnin selepas mencabul kehormatan anak saudara perempuannya dengan mencium pipi dan menunjukkan kemaluan ketika mangsa memotong bawang di dapur

Menurut laporan Sinar Harian, tertuduh dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas satu pertuduhan yang dibaca di hadapan Majistret Shahril Anuar Ahmad Mustapha.

Mahkamah memerintahkan tertuduh dipenjara empat bulan jika gagal membayar denda tersebut.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa menggunakan kekerasan jenayah untuk mencabul kehormatan anak saudaranya berusia 24 tahun dengan memegang bahu, memicit sehingga ke rusuk kiri, mencium pipi dan menunjukkan kemaluannya kepada mangsa.

Kesalahan didakwa dilakukan di sebuah rumah di sini pada 8.30 malam, 15 Julai lalu.

Pertuduhan dibuat mengikut Sekyen 354 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat, atau mana-mana dua daripada seksaan itu, jika sabit kesalahan.

Mengikut fakta kes, pada waktu kejadian, mangsa yang memotong bawang di dapur didatangi bapa saudaranya itu dan berdiri di sebelah kiri.

Lelaki itu kemudiannya mencabul mangsa dengan menyentuh belakang badan, mencium dan menunjukkan kemaluannya.

Semasa prosiding, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu agar dikenakan hukuman ringan.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Sofea Jaysal memohon agar mahkamah menjatuhi hukuman setimpal dengan mengambil kira kekerapan kes yang berlaku.

ARTIKEL BERKAITAN: Warga Emas Berkerusi Roda & Anak Didakwa Rogol Gadis Bawah Umur Dalam Kereta

ARTIKEL BERKAITAN: Bapa Durjana R*gol Anak Sehingga Bersalin Dipenjara 218 Tahun, Hakim Tegur: “Kamu Tak Fikir Ke Masa Depan Dia Sebelum Buat?”

Khairil Khusyairi