Categories: SelebritiTrending

Netizen Kritik Buat ‘Review’ Ketika Tunai Umrah, Pengasas Produk Tampil Pertahan Nurul Shuhada – “Santuni Amanah Orang”

Bekas isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri sedang mengerjakan ibadah Umrah selepas mahkamah mengesahkan lafaz cerai yang dibuat Hafidz pada 22 Februari lalu adalah sah.

Artikel Berkaitan: Lafaz Cerai Pada 22 Februari Sah, Hafidz Roshdi & Nurul Shuhada Lega Kemelut Rumah Tangga Berakhir Dengan Talak Satu

Tambah, Shuhada turut menjelaskan bahawa tempoh iddahnya telah selesai selepas mengalami keguguran pada Syawal lalu.

Namun, Shuhada dilihat memuat naik ‘review’ tentang jubah yang dipakainya ketika mengerjakan Umrah di Instagramnya.

Tindakannya itu dikritik oleh warganet dan memintanya untuk memberi tumpuan terhadap ibadah dahulu kerana dia kini berada di Tanah Suci.

Oleh itu, seorang pengasas produk kecantikan tampil mempertahankan Shuhada dengan menyatakan bahawa review yang dilakukan Shuhada adalah berbayar dan ia merupakan satu amanah.

“Paid review ya semua. Shu kena buat juga menyantuni amanah orang. Shu memang cakap tak nak buat ikutkan tapi amanah orang sisku semua. Rileks,” tulisnya.

Artikel Berkaitan: “Untuk Berkawan Baik Itu Mungkin Tidak…,” – Pintu Hati Nurul Shuhada Buat Hafidz Roshdi Sudah Tertutup

Artikel Berkaitan: Tersasul Cakap ‘Teruja’ Bercerai… Netizen Sakit Hati Dengan Hafidz Roshdi, Siap Komen: “Puas Hati Ya? Hebat Ya Awak?”

Atiqah Johari