Trending By: Maya Basir June 25, 2022 @ 4:21pm

“Dia Buat Kita Rasa Selesa Sangat” – Rasa Kehilangan, Siti Nurhaliza Kagum Dengan Adibah Noor

Penyanyi terkenal Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza rasa kehilangan dengan pemergian anak seni, Allahyarhamah Adibah Noor.

Menurut Siti, semasa majlis pengisian ilmu bersama dengan Ustaz Wadi Annuar dan selebriti-selebriti lain, dia sempat mengadakan bacaan doa buat Adibah sebaik sahaja berita pemergiannya dikhabarkan.

Siti ditemui semasa di sidang media persembahan eksklusif makan malam, Queen Of The Night di Petronas Twin Tower, Kuala Lumpur pada Rabu.

Katanya, dia rasa sangat kehilangan dengan pemergian Adibah dan mengakui arwah merupakan salah seorang idolanya.

“Saya rasa kehilangan sangat dan arwah Kak Dibah ni antara yang saya idolakan dari segi ilmunya.

“Saya pertama kali tengok dia dipertandingan Suara 90-an Nescafe, kagum sangat dan iklan promo saya bersama Pepsi tu pun menggunakan suara Kak Dibah,” katanya.

Tambahnya, dia turut rasa terkesan kerana sifat baik arwah yang disayangi orang ramai dan juga sayang akan haiwan itu.

“Walaupun kenangan tak banyak bersama dengannya, namun begitu saya terkesan, lebih-lebih lagi dia disayangi ramai, dia juga seorang pencinta kucing, bukan senang nak dapat penyanyi yang sangat baik.

“Bila saya jumpa dia, dia very humble, baik sangat dan very supportive. Saya kagum dengan dia, saya yang segan dengan dia tapi dia buat kita rasa selesa sangat,” kata Siti.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 4 Apr 2022
Hiburan Mon, 30 Jul 2018

Kos Renovasi Rumah RM 700,000 Bukti Sajat Tak Menyewa

Bentuk rumah masih dikekalkan cuma konsep saja yang ditukar. Kalau anda boleh lihat saya tukarkan wallpaper, perabot, langsir, hiasan dalaman mengikut cita-rasa saya.

Events Fri, 27 Jul 2018

#daiTV3 : Agaknya Siapakah Dai’ Yang Bakal Tersingkir?

#daiTV3 akan menampilkan kembali 10 orang bakal pendakwah nusantara yang akan tampil dengan isu dakwah terbaharu yang diberikan sebagai tugas mereka untuk minggu kedua ini. 

Hiburan Thu, 28 Mar 2019

Kagum Semangat Bella, Kerjaya Didi Astillah Kini Diurus Kakak

Selepas lima tahun bernaung di bawah dua syarikat pengurusan terkenal sebelum ini, saya selesa kerjaya seni saya dipantau oleh kakak.

Events Fri, 11 Mar 2022