Hiburan By: SGMS Faida July 30, 2018 @ 4:41am

Kos Renovasi Rumah RM 700,000 Bukti Sajat Tak Menyewa

Selepas membeli banglo mewah milik Datuk Aliff Syukri pada Januari 2017, jutawan kosmetik Nur Sajat memberitahu proses renovasi rumah itu berjaya disiapkan.

Khabarnya, kos renovasi rumah berkenaan juga bernilai hampir RM 700,000. Wow, hebat!

“ Kos itu tidak termasuk di bahagian tingkat atas rumah, hanya tingkat bawah sahaja.

“ Bentuk rumah masih dikekalkan cuma konsep saja yang ditukar. Kalau anda boleh lihat saya tukarkan wallpaper, perabot, langsir, hiasan dalaman mengikut cita-rasa saya,” kata Sajat di Majlis House Warming di kediaman yang terletak di Kota Damansara, semalam.

Team Xtra berpeluang masuk ke dalam rumah mewah Sajat, memang cantik sangat! Jutawan muda ini memberitahu dia memilih konsep Fairytale untuk hiasan dalam rumah. Ala, macam Cinderella…

Dalam pada itu, Sajat juga menegaskan kediaman 10 bilik itu juga adalah miliknya dan bukan disewa seperti yang didakwa segelintir pihak.

“ Saya buat pinjaman bank untuk pembelian rumah ini.

“ Untuk yang mengata saya di luar sana, secara logiknya takkanlah saya renovasi rumah sampai RM 700,000 untuk rumah sewa. Tak masuk akal kan?,” katanya.

Sajat juga memberitahu perniagaan Sajat Gold Sdn Bhd turut mendapat sambutan di luar jangkaan.

“ Alhamdulillah, perniagaan emas saya berjalan dengan lancar,” akhirinya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 8 Apr 2019

‘Rezeki Nak Kahwin’- Pemenang Drama Pendek DFKL 2019 Terkejut

Pemenang anugerah drama pendek di Drama Festival Kuala Lumpur 2019, Mohamad Edzuan menyifatkan kemenangannya sebagai rezeki kahwin yang dijangka berlangsung tidak lama lagi. Edzuan yang menghasilkan drama pendek berjudul ‘Orang Kita’ ketika ditemui sejurus pengumuman […]

Featured Thu, 18 May 2023

Angel Dolla Jawab Gosip Cinta Dengan Nadhir Nasar – “Saling Berbalas Tweet Tak Beri Makna….”

Kalau couple pun apa salahnya… sama cantik, sama padan😍😍😍

Featured Wed, 30 Nov 2022

Pernah Hidup Susah, Haneesya Hanee Pakai Baju Orang Derma

Alhamdulillah sentiasa bersyukur dengan nikmat rezeki Allah bagi

Hiburan Tue, 24 Jul 2018

Kini Fathia Sudah Hilang Sabar?

Nampaknya, pelakon Fathia Latiff sudah hilang sabar dan mula membuka mulut menerusi laman Twitternya…

#ThrowbackXTRA Wed, 17 May 2023
Trending Wed, 17 Jun 2020