Trending By: Maya Basir June 2, 2022 @ 7:18pm

Idam Hidung Persis Artis K-Pop Bertukar Mimpi Ngeri… Akhirnya Berubah Jadi Senget & Bengkok!

Angan-angan untuk mempunyai fizikal hidung mancung serta tirus persis artis K-Pop bertukar derita apabila pembedahan haram itu menjadikan hidung senget dan bengkok.

Mangsa yang mahu dikenali sebagai Miss L, 31, memberitahu dia tertarik untuk melakukan rawatan tersebut selepas melihat iklan di media sosial Facebook pada Mac lalu.

Menurutnya, pusat rawatan kecantikan yang terletak di Kepong itu menawarkan rawatan pembedahan plastik dan kecantikan yang dikendalikan ‘pakar’ dari China.

“Tanpa berfikir panjang dan membuat penyelidikan lanjut, saya segera menghubungi pusat kecantikan itu pada 8 Mac lalu sebelum membayar tempahan rawatan sebanyak RM150.

“Saya kemudian membuat bayaran tambahan sebanyak RM6,666 pada 22 Mac lalu diikuti bayaran ketiga sebanyak RM6,800 selepas pembedahan ‘rhinoplasty’ selesai dilakukan pada 27 Mac,” katanya.

Tambahnya, pembedahan dilakukan oleh seorang lelaki warganegara China sekitar 30-an yang didakwa pakar dalam bidang tersebut.

“Saya menjangkakan tiada masalah akan timbul selepas prosedur pembedahan itu selesai dilakukan. Namun masalah muncul 16 hari kemudian apabila saya mula berasa pelik dengan kedudukan hidung yang senget ke arah kanan.

”Malah terdapat bengkak ketara pada bahagian kiri hidung selain lubang hidung saya memiliki saiz berbeza. Lubang hidung sebelah kiri lebih besar berbanding di sebelah kanan,” katanya yang bekerja sebagai pendandan rambut.

Kemudian, mangsa segera pergi ke pusat kecantikan tersebut untuk mendapatkan penjelasan.

“Namun saya terkejut apabila ‘doktor’ itu mendakwa hidung saya amat cantik dan memujinya berulangkali. Malah dia seolah-olah enggan bertanggungjawab dan hanya mahu memulangkan separuh dari wang dibayar sebelum ini.

“Susulan itu saya segera mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) sebelum doktor pakar memaklumkan ramai mangsa yang turut mengalami nasib sama akibat rawatan pusat kecantikan tidak berdaftar,” katanya selepas membuat aduan di Biro Aduan dan Perkhidmatan Awam MCA semalam.

Pada masa sama, Ketua Biro, Datuk Seri Michael Chong berkata mangsa turut kehilangan deria bau kesan daripada rawatan kecantikan itu.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

LIFESTYLE Sun, 26 Jan 2020

Hilangkan Parut Jerawat Guna 2 Bahan Mudah.

Dengan menggunakan 2 bahan yang mudah yang mudah didapati dari dapur untuk hilangkan parut jerawat

Featured Thu, 18 Nov 2021

Lagi Budak Lelaki Maut TerJatuh Dari Tingkat 16, Ibu Saudara Ditahan Miliki Rekod Jenayah Lampau

Ya Allah, makin ramai kes kanak-kanak jatuh dari bangunan kan?

Featured Mon, 13 Sep 2021

Bergambar Bersama Kereta Mewah Ford GT, Hadiah Peribadi TMJ Buat The Pocket Rocket Man Undang Spekulasi Ramai

Baru-baru ini, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan ganjaran kepada  kepada jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang atau lebih dikenali sebagai The Pocket Rocket Man di atas pencapaiannya di Sukan […]

Trending Tue, 3 Apr 2018

Pelakon Kacak Hollywood Channing Tatum Sudah Berpisah Dengan Isterinya Jenna Dewan. Oh Tidak!

Mula-mula Chris Pratt yang berpisah dengan isterinya Anna Faris. Kini Channing Tatum pula dengan isterinya Jenna Dewan yang telah bersama selama 9 tahun.

FESYEN Wed, 8 May 2019

Jom Shopping Raya! Adira Suhaimi Tampil Dengan Koleksi Tudung Adira X Hermanas

Koleksi ini boleh didapati dengan harga RM69 sehelai. Murahnya!

Trending Fri, 29 Nov 2019
Trending Thu, 7 Jun 2018

Alami Depresi, Adik Ratu Belanda Bunuh Diri!

Mayat Ines Zorreguieta, 33, ditemui kira-kira jam 0300 GMT semalam di apartmennya di daerah Almagro, barat ibu negara Argentina.

Featured Tue, 13 Jun 2023
Hiburan Thu, 2 Aug 2018

#HajatDanceChallenge Di Laman Sosial Media

#HajatDanceChallenge ada yang kata macam zumba ada pula yang kata Poco Poco so yang mana satu yang betul