Izara Aishah Dan Adib Khalid Kini Timang Cahaya Mata Pertama!

Pelakon cantik, Izara Aishah telah selamat melahirkan bayi perempuan seberat 2.9 kilogram di sebuah pusat perubatan di ibu negara, petang semalam.

Berita itu dikongsi ibu mertuanya, Datin Seri Tengku Zawiyah melalui laman media sosial Instagram miliknya.

“Alhamdulillah dan tahniah kepada kami. Cucu kami telah selamat dilahirkan hari ini. Semoga Allah merahmati puteri kesayangan kami dan saya pasti Izara akan menjadi ibu yang terbaik,” tulis Datin Zawiyah.

Datuk Seri Siti Nurhaliza juga turut mengulangsiar Instagram Stories Datin Seri Zawiyah dengan ucapan tahniah.

Lahir Lebih Awal Daripada Tarikh Jangkaan

Menurut laporan Berita Harian hari ini, Adib berkata anaknya dilahirkan lebih awal daripada tarikh jangkaan, secara normal.

“Sepatutnya anak sulung kami dilahirkan akhir bulan ini. Alhamdulillah, kami menerima kebahagiaan ini lebih awal dengan proses kelahiran lancar.

Isteri saya stabil. Kami bersyukur dan berterima kasih atas doa dan ucapan tahniah daripada semua pihak. Anak kami sihat. Alhamdulillah,” katanya kepada Berita Harian.

Dalam pada itu, Adib juga berharap dapat menjadi bapa yang baik buat keluarganya.

Tahniah Xtra ucapkan buat Izara dan keluarga!

Syafiqa Irdina