Categories: OMGTrending Hari Ini

Lawak! Troll Diva AA Curi Perhatian

Selepas kehangatan pilihanraya ke 14 baru-baru ini, tidak dinafikan Diva AA seringkali menjadi bahan lawak jenaka golongan netizen terutamanya di media sosial kerana gayanya dan isu rendang viralnya.

Namun, keterujaan netizen terhadap Diva AA dan abangnya, Datuk Seri Azmin Ali tidak berhenti setakat itu. Walaupun sudah lama tidak mempunyai akaun twitter, namun Diva AA mengetahui dirinya itu kini sedang hangat di troll  dilaman tersebut. 

“Walaupun saya sudah lama tidak mempunyai akaun twitter, saya tahu mengenai jenaka berkenaan. Saya tahu ia sekadar jenaka dan tidak menggunakan sebarang ayat kurang aja, tapi saya tetap tak akan maafkan mereka. Go ahead, buatlah. Teruskan menipu dan menyamar sebagai saya. Kau tunggu azab kubur nanti.” Jelasnya

Apapun, troll ini memang kelakar sehingga ianya menjadi trending dilaman sosial. Bila fikir, kadang-kadang netizen kita ni kreatif juga kan?

Salma Syahbuddin