Featured By: Salma Syahbuddin April 13, 2022 @ 1:00pm

“Kalau Saya Keluar Rumah Tanpa Tudung, Rasa Macam B*gel…” – Daphne Iking Kongsi Momen Hijrah, Jual Semua Baju Seksi

Pengacara dan pelakon, Daphne Iking berkongsi detik penghijrahannya mengenakan hijab sejak September lalu.

Pada ketika itu, Daphne atau nama Islamnya, Dahlia Eleanor Iking dilihat sering memuat naik foto berhijab di laman Instagram miliknya.

Bagaimanapun, Daphne berkongsi pada mulanya dia memakai hijab hanya kerana ingin menutup uban di kepalanya ketika mahu keluar rumah.

Memandangkan sebelum ini juga, dia pernah berniat mahu mendermakan rambutnya itu kepada organisasi kebajikan kanser.

“Bapa saya meninggal dunia akibat kanser dan sejak itu saya banyak terlibat dalam aktiviti cancer awareness. Jadi saya berniat untuk mendermakan rambut saya kepada sebuah organisasi kebajikan kanser.

“Kalau nak tahu, rambut saya sangat panjang, lebih paras pinggang dan syarat untuk mendermakan rambut mestilah tidak boleh melakukan sebarang rawatan melibatkan bahan kimia selama 6 bulan. Tapi uban saya jelas kelihatan.

“Nak dijadikan cerita, selepas diberikan kelonggaran keluar rumah, saya perlu hadiri sebuah majlisdan saya cuba tutup uban saya dengan memakai turban.Tapi tudung saya terpeleot ke belakang dan pakai topi selam warna hitam untuk dipadankan dengan selendang,” katanya.

Tambahnya lagi, walaupun masih belum bertudung dengan sempurna, namun perasaan janggal itu ada tiap kali keluar rumah tanpa mengenakan hijab.

Malah, wanita berusia 43 tahun ini juga mengakui segan apabila mengenakan pakaian seksi.

“Seminggu selepas saya bertudung gun adiving cap. Saya pergi berenang dan berbikini masa tu rasa macam bogel sangat. Seganlah dah berumur pakai macam Halley Berry. So, perlahan-lahan saya beritahu suami saya nak jualkan semua baju seksi saya.

“Sekarang ni kalau keluar rumah tanpa tudung rasa macam bogel. Malah dalam rumah pun kalau ada virtual interview, saya akan tutup paling tidak pun pakai topi atau anak tudung,” jelasnya.

Daphne bagaimanapun menjelaskan tidak mudah untuk istiqamah namun, berharap agar peminat terus mendoakan perjalanan beliau terutamanya dalam pengisian rohani.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 24 Dec 2020
Featured Mon, 6 Apr 2020
Trending Tue, 6 Mar 2018

Pensyarah Pakai ”Cosplay” Pergi Class Setiap Hari,

Memakai pakaian Cosplay sewaktu mengajar dapat mencuri perhatian anak muridnya. Lebih dari 60 koleksi pakaian yang dimilikinya

Trending Wed, 14 Aug 2019

Pencarian Berakhir…Mayat Sah Milik Nora Anne!

Ditemui kira-kira 2.5 kilometer dari resort.

Trending Fri, 15 Jan 2021

Penuntut IPT, Pelajar Masuk Asrama Tak Wajib ‘Swab Test’

Kepada penuntut IPT, ambil maklum ye..

Featured Thu, 22 Jul 2021

Video Kebenaran Rentas Negeri Bagi Individu Lengkap 2 Dos Vaksin Tular, Ini Respons KKM

Kementerian Kesihatan (KKM) menafikan kenyataan petikan video berdurasi 20 saat yang menunjukkan seolah-olah kerajaan memberi kebenaran untuk rentas negeri dan daerah bagi mereka yang telah lengkap menerima dos vaksin, seperti yang sedang tular di media […]