Simbolik Penampilan Dan Imej ‘Humble’ Tan Sri Muhyiddin Untuk Dekat Dengan Rakyat

Sejak belakangan ini, YAB Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasir sering muncul di kaca televisyen untuk memberikan perutusan dan perkembangan serta situasi terkini yang berlaku dalam negara kepada rakyat.

Selain daripada ucapan beliau yang sering ditunggu-tunggu rakyat, imej dan penampilan beliau yang sungguh bersahaja dan santai juga sering mencuri tumpuan ramai. Mungkin ramai yang tidak tahu, terdapat maksud tersirat di sebalik penampilan beliau yang bersahaja.

Kemeja putih, lengan berlipat – simbolik imej yang jujur dan dekat dengan rakyat

Menurut perunding imej, Asnawi Yusof , pemilihan pakaian YAB Perdana Menteri mempunyai kesan psikologi terhadap manusia.

Jika dilihat pada kedua-dua sidang media sewaktu PKP dan perkembangan pandemik, Asnawi berkata, Muhyiddin memilih kemeja putih tanpa corak bersama tali leher kelabu gelap dengan corak minimal serta kemeja biru cair bersama tali leher rona sepadan tanpa memakai blazer.

Kredit foto: Bernama

Dari sudut psikologi, beliau kelihatan suci dan jujur tanpa sebarang ‘maklumat tersembunyi’ yang disimpan dan tali leher yang dipakai memberikan tanda keamanan dan harmoni supaya nampak lebih dekat dengan masyarakat.

Selain itu, Tan Sri Muhyiddin juga dilihat mengurangkan formaliti dengan tidak memakai blazer. Hal ini membawa maksud bahawa beliau ingin lebih dekat dan selasa dengan masyarakat terutamanya golongan rakyat biasa.

Serius dan prihatin- simbolik pakaian formal ketika umum pakej Prihatin

Asnawi turut menambah bahawa penampilan YAB Perdana Menteri dilihat berbeza semasa beliau mengumumkan pakej rangsangan ekonomi Prihatin. Pada waktu ini, beliau mengenakan sut lengkap berona biru gelap beserta tali leher biru dan tanda nama.

Kredit foto: Sinar Harian

Ujar Asnawi lagi, penampilan formal tersebut menandakan bahawa Perdana Menteri bersikap serius kerana ingin menyampaikan sesuatu yang penting serta bernilai RM 250 bilion kepada rakyat Malaysia.

Penampilan tersebut sekaligus melambangkan bahawa beliau individu yang dipercayai, berkarisma dan profesional dalam melaksanakan tugas sebagai perdana menteri.

PUTRAJAYA, 3 Mac — Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa taklimat status COVID-19 oleh Pasukan Petugas Khas Kementerian Kesihatan di Bangunan Perdana Putra hari ini. –fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

Bukan itu sahaja, pemilihan perkataan dalam Bahasa Melayu yang sesuai beserta terma layman (bahasa yang mudah difahami) amat dititikberatkan selain penggunaan ayat Bahasa Inggeris yang dikhususkan untuk masyarakat bandar atau elite people.

Apapun, pengorbanan dan kebijaksanaan YAB Perdana Menteri dalam menenangkan hati rakyat apabila menghadapi situasi yang genting ini harus dipuji. TSMY, you’re truly the best 🙂

Sumber: Asnawi Yusof

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”