Kerajaan akan menanggung kos kuarantin termasuk makan, minum dan pengangkutan dari lapangan terbang bagi jemaah umrah yang pulang dari Tanah Suci.
Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Abdul Latiff Ahmad, bagi penempatan kuarantin yang diurus kerajaan, individu bawah pengawasan (PUS) iaitu jemaah yang negatif ujian saringan COVID-19 oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan ditempatkan di hotel atau Pusat Latihan Awam bergantung ketersediaan bilik pada hari ketibaan.
Tegasnya, kerajaan memahami ramai jemaah bimbang mengenai kos tambahan selain isu membabitkan keselesaan ketika menjalani kuarantin, oleh itu jemaah turut diberikan pilihan termasuklah berurusan terus dengan stesen kuarantin swasta atau stesen kuarantin yang diuruskan kerajaan.
Terdahulu, perjalanan umrah untuk rakyat Malaysia akan digantung sementara mulai 8 Januari ini susulan kebimbangan kerajaan terhadap terhadap varian Omicron Covid-19.
Sumber: Awani
Save the date!
Mungkin ini yang terbaik untuk Syasya 🫶🏼
Innalilahiwainnailaihirajiun
Fuh ramai yang restu ni!! Sabar okay semua