Kes Curi Duit Surau & Dimandikan Seperti Jenazah, Remaja Berdepan Penjara 10 Hari Dan Denda RM4,000

Sebelum ini tular dimedia sosial mengenai video seorang remaja berusia 19 tahun dipercayai mencuri tabung masjid dan dimandikan seperti jenazah sebagai hukuman.

Tertuduh yang dikenali sebagai Daniel Iskandar, bagaimanapun dijatuhi hukuman penjara selama 10 hari dan denda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret Selayang hari ini.

Menurut Majistret Nik Mohd Fadli Nik Azlan, tertuduh mengaku bersalah kerana cuba mencuri ri tabung Masjid Al Islahiah dengan mengheret dan menyorokkan tabung itu di dalam bilik mandi jenazah di masjid berkenaan di Kuang, Rawang dekat sini pada 11.58 malam, 8 Januari lalu.

 

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh yang tidak bekerja itu menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh tangkap iaitu  pada 9 Januari lalu dan dipenjara lima bulan jika gagal membayar denda.

Pendakwaan tersebut juga dikemukakan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 511 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan boleh dikenakan denda.

ARTIKEL BERKAITAN: Akibat Curi Duit Surau – Jejaka Diperlakukan Seperti Mandi Jenazah, Netizen Anggap Ia Satu Hukuman Memalukan Agama

 

 

Sumber : Bernama

Salma Syahbuddin