Kes Gangguan Seksual: Pendakwah Popular Diminta Hadir Ke Bukit Aman Bantu Siasatan

Seorang pendakwah popular berusia dalam lingkungan 30-an akan dipanggil ke Ibu pejabat Polis Bukit Aman bagi memberikan keterangan berhubung siasatan berkaitan dakwaan gangguan seksual.

Menurut sumber, difahamkan pendakwah terbabit telah diminta hadir pada hari ini.

“Namun begitu, tidak dapat dipastikan sama ada beliau akan hadir atau pun tidak.

“Siasatan dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman,” kata sumber kepada Harian Metro ketika dihubungi semalam.

Terdahulu, viral di laman sosial mengenai video lucah yang menunjukkan seorang lelaki mirip pendakwah tersebut.

Sumber: Harian Metro

Padin