Kompaun Buat Pengguna Sijil Palsu Vaksin

Pihak polis akan memeriksa mana-mana Individu yang ingin melakukan percubaan menggunakan sijil vaksinasi palsu untuk merentas negeri.

Menurut Senior Asisten Komisioner (SAC) Gerakan, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, SAC M V Srikumar Nair,  tindakan kompaun serta-merta akan dikenakan terhadap mereka yang didapati berbuat demikian.

“Ya, polis akan periksa dan teliti sijil dalam MySejahtera mereka yang disyaki menggunakan sijil vaksin palsu.

“Jika didapati melanggar syarat ditetapkan kerajaan iaitu perlu lengkap vaksin untuk rentas negeri, kompaun akan dikeluarkan serta-merta,” katanya kepada BH, hari ini.

Sumber: BH

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”