Lagu Kita Cinta 3: Penyingkiran 2 Couple, Ada Konflik Sampai Nak Tukar Pasangan? Jom Recap Episod 3!

Episod ketiga program Lagu Cinta Kita 3 (LCK3) berlangsung pada malam tadi dihangatkan dengan gandingan mantap pengacara Kamal Adli dan Ain Edruce.

Malah, kedua-dua pengacara ini turut membuat persembahan pembukaan menerusi lagu Seribu Tahun.

Apa yang lebih menghangatkan suasana adalah kehadiran dua juri tetap, Mas Idayu dan Ajai serta kemunculan juri jemputan iaitu Rozita Che Wan atau Che Ta.

Jom kita recap episod ketiga LCK3!

Azumi & Nyna

Pentas Lagu Cinta Kita dibuka dengan persembahan pertama oleh Azumi & Nyna. Kedua-duanya tidak menunjukkan keserasian yang baik menerusi duet lagu Sinaran.

Mas Idayu: Kebersamaan tak ada. Awak tahu tak Nyna, awak berdua untuk lagu ni keserasian tak ada. Mummy tak suka awak punya tenaga vokal kurang. Awak tahu Azumi dah memberi dengan muzik yang sangat groove, tiba-tiba awak lembik. Movement pun tak cantik, Mummy tak tahu apa awak buat tadi tapi Azumi, mummy suka.

Ajai: Yang banyak ‘mistake’ pada Nyna. Nyna, kamu tak boleh bersahaja bila menyanyi. Fikiran tu tak boleh terganggu dengan pergerakan yang kamu hafal. Macam Azumi, dia bagi keikhlasan. Itu yang sukar kalau keikhlasan tu tiada pada kedua-dua. Jadi, kamu kena seiring dengan penjiwaan itu.

Syafeek & Zazo

Persembahan pasangan ini menyampaikan lagu Rahsia Pohon Cemara tidak dapat memikat hati juri kerana penceritaan hanya di sebelah pihak.

Che Ta: Tadi macam tergelincir. Tapi kami terhibur sebab mereka macam bercinta dekat Paris. Dengan background dia, muka lebih kurang sama. Cuma slack dia ‘tergelinciak’ awal-awal tu.

Mas Idayu: Percintaan di sebelah pihak. Mummy suka yang lelaki. Yang kebersamaan ada sedikit kurang. Adakalanya Mummy nampak awak cuba try so hard untuk berada dalam lagu ini. Tapi sebenarnya bukan tak bagus sangat, tapi Mummy nak yang lebih cantik sebab yang lelakinya dah sangat bagus. Dari segi cinta tu on and off.

Achik & Maria

Duet daripada pasangan ini mendapat kritikan para juri kerana kedua-duanya mempunyai konflik di sebalik tabir.

Ajai: Tiada masalah pitching tapi sebenarnya kamu tak sepatutnya nyanyi lagu Juwita kerana emosi kamu tak ke situ. Emosi pengaitan kamu macam dah bercerai. Haluan dan nyanyian kamu tak sehaluan. Keikhlasan tak ada.

Che Ta: Sama macam apa Ajai cakap. Cuma saya suka tengok energy Maria. Dia lebih bertenaga dari Achik.

Pasya & Puteri

Membawakan lagu Melompat Lebih Tinggi, juri mengatakan pasangan ini serasi dan mempunyai penghayatan yang kuat.

Mas Idayu: Ini kebersamaan, nyawa mereka berdua dalam lagu ini memang jelas kelihatan. Mummy suka dengan pakaian, kostum memang semua Mummy nampak plan dengan baik. Macam gini yang kita nak, tiada gaduh-gaduh. Cantik!

Ajai: Tak susah kan menyanyi kalau kamu faham maksud dia. Penjiwaan, pitching, benda itu semua akan jadi bila penghayatan tu kuat.

Norman & Hazreen

Pasangan yang menyampaikan lagu Mungkin Hari Ini Esok Atau Nanti, juri mengatakan tidak sedap didengar dan tiada keserasian.

Che Ta: Mula-mula nampak macam mereka couple macam nak kahwin, tapi bila menyanyi macam hang-hang, aku-aku. Saya tak nampak chemistry depan on stage.

Mas Idayu: Sebenarnya chorus dia dan ke bawah, dekat situ kesedapan lagu ni hilang.

Kay & Ika

Persembahan yang hebat apabila pasangan duet ini menghayati lagu Tenda Biru. Perasaan persembahan mereka turut dirasai di hati para juri.

Che Ta: Saya rasa mereka punya perasaan macam sedihnya, hampanya, dorang merasai dorang punya kesedihan.

Ajai: Sebenarnya, nyanyian kamu into it. Dua-dua memainkan peranan yang betul. Kesedapan suara tu bukan pada ketinggian yang dicapai tinggi-tinggi tu. Kalau kita tengok Kay, look taste dia tenang. Ika ni konsisten dia punya projection dalam pemberian feeling.

Malhamka & Yuveena

Pasangan yang membawakan lagu Kisah Cinta Kita turut dipuji apabila keserasian itu turut dirasai oleh para juri.

Mas Idayu: Keserasian dan yang paling utama awak nyanyi ada rasa. Memang ada sedikit kesilapan pada Malhamka tapi bila rasa tu datang, yang kecil-kecil tu Mummy dah tak pandang.

Ajai: Mereka ni bukannya dasyat menyanyi tapi pasal keikhlasan tu yang buatkan dorang dasyat. Mal punya keikhlasan memberi.

Hariz & Wanie

Pasangan suara ‘meletop’ yang membawa lagu Kisah Ku Inginkan ini tak pernah mengecewakan sehingga kedua-dua juri berdiri dan memberi markah yang sangat tinggi!

Mas Idayu: Both of you look stunning. Mummy sangat suka dengan pakaian dan plan yang sangat cantik walaupun lagu ini sebuah lagu yang sangat romantik dan slow tapi awak punya pergerakan, penjiwaan semuanya blend. Yang penting masa menyanyi, dua-dua buka mulut, tak ada yang dominan. Mummy sangat puas.

Che Ta: Kita tak perlu bercinta pun untuk dapatkan keserasian, keintiman bila kita berduet. Saya rasa you all into it dalam lagu.

Episod ketiga juga menyaksikan penyingkiran dua pasangan duet iaitu Azumi & Nyna bersama Achik & Maria.

Jangan lupa untuk teruskan menonton dalam Lagu Cinta Kita 3 setiap hari Ahad, jam 9 malam hanya di TV3 dan ia juga boleh distrim live HD di www.tonton.com.my.

Marcella