“Lee Chong Wei Pun Tak Dapat Offer Macam Ni…” – Sanggup Tolak Tawaran Gaji RM1 Juta, Lee Zii Jia Nekad Mahu Jadi Pemain Profesional

Susulan kes penarikan diri pemain perseorangan badminton negara, Lee Zii Jia dari Persatuan Badminton Malaysia (BAM) pada 11 Januari lalu, BAM tampil memaklumkan telah memberikan tawaran berupa gaji sebanyak RM1 juta setahun kepada Zii Jia.

Tawaran ini adalah usaha BAM untuk memujuk Zii Jia agar kekal dalam persatuan tersebut.

Tegas BAM lagi, tawaran ini julung kali diberikan kepada pemain termasuklah bekas jaguh badminton negara, seperti Datuk Lee Chong Wei.

“Datuk Lee Chong Wei  yang menyumbang pelbagai kejayaan kepada negara ketika bergelar pemain pun tidak pernah mendapat tawaran sedemikian.

“Ini membuktikan betapa BAM cukup sayang kepada Zii Jia dan menghargai bakat yang dimilikinya. Zii Jia disifatkan sebagai aset penting kepada BAM,” katanya.

Selain itu, pemain yang berada pada barisan ketujuh dalam senarai pemain dunia ini turut menerima tawaran lumayan daripada sebuah syarikat peralatan sukan dari Taiwan yang didakwa menjadi faktor utama dia mahu meninggalkan BAM.

“Zii Jia didakwa ditawarkan bayaran sebanyak AS$400,000 (RM1.674 juta) setahun dengan tempoh kontrak selama tujuh tahun dengan nilai keseluruhan sebanyak RM11.718 juta,” jelasnya.

Namun, menerusi hantaran terkini pemain itu dilaman instagram miliknya, beliau menjelaskan bahawa telah mengadakan rundingan bersama Presiden BAM, Tan Sri Norza Zakaria sambil ditemani kedua ibu bapanya.

 

Salma Syahbuddin