Featured By: Marcella October 24, 2021 @ 4:14pm

“Makanan Busung Berulat, Sofa Rosak, Tahi Kucing Merata, Bau Hancing” – Penyewa Dari ‘Neraka’ Buatkan Owner Rugi RM15,000

Kisah penyewa tidak menjaga rumah dengan baik bukanlah satu perkara baharu.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai Wanie (@waniejas.property), dia berkongsi mengenai keadaan rumah yang ditinggalkan penyewa.

@waniejas.property

Penyewa dari neraka, WUJUD 😅 #fypシ #agenhartanah

♬ Stranger – Official Sound Studio

Menerusi laporan mStar, Wanie yang merupakan seorang ejen mengatakan bahawa pada awalnya, dia dihubungi pemilik asal rumah tersebut yang meminta bantuan untuk mencari penyewa baru.

Wanie berkata, pemilik tersebut memaklumkan bahawa penyewa sebelumnya melarikan diri setelah lima bulan duduk dirumah tersebut tanpa membayar sewa.

“Satu hari tu pemilik telefon saya, dia cerita tentang perkara yang berlaku, katanya penyewa sebelum ini lari, dia duduk setahun mula-mula bayar sewa tapi lepas setahun tu sambung kontrak tapi tiada hitam putih, sebab atas dasar kepercayaan owner pada penyewa.

“Bila dah sambung, penyewa tak bayar sewa, pemilik faham sebab masa tu Perintah Kawalan Pergerakan, jadi dia pun lebih kurang je, tapi dalam lima bulan duit langsung tiada masuk dalam akaun,” katanya.

Tambahnya, kondominium tersebut terletak di Bangi, Selangor namun pemilik rumah tersebut tinggal di Pulau Pinang.

Menurut Wanie, penyewa tersebut turut melarikan kunci rumah dan hanya meninggalkan kunci ‘mailbox’. Pemilik terpaksa menghantar set kunci menggunakan pos.

Katanya, pagar unit tersebut turut dikunci menggunakan mangga tetapi suaminya ada membawa gergaji dan terpaksa memotong pagar unit itu.

Mengakui tidak sedap hati apabila tiba di unit terbabit, Wanie bagaimanapun sudah boleh menjangka keadaan rumah tersebut.

“Unit tu awalnya pemilik bagi ‘fully furnished’ tapi penyewa bela kucing sebab ada pasir kucing dalam tu, sofa habis rosak kena cakar, tahi kucing merata, bau hancing.

“Lepas tu meja makan tinggal meja je, kerusi hilang, makanan busung berulat, tilam yang pemilik sediakan rosak, ada satu bilik tu atas tilam ada tahi kucing.

“Tiga pintu pecah, pintu almari pun pecah, sinki yang tercabut masuk dalam cabinet, bekas makanan merata yang dah busuk semuanya, eh banyaklah,” katanya.

Menurut Wanie, pemilik rumah tersebut terpaksa menanggung kerugian lebih kurang RM15,000.

Bukan itu sahaja, bil elektrik juga tertunggak sebanyak RM2,500.

Wanie turut berpesan kepada orang ramai agar sentiasa jujur dan menjaga harta benda orang lain.

 

Sumber: mStar

Kredit Foto: @waniejas.property/TikTok

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 21 Jun 2018

Ibu Haqiem Rusli Terkilan Kerana…?

Sebagai ibu, Nazrah cuma memberitahu segala keputusan terletak ditangan Haqiem

Hiburan Sat, 14 Jul 2018

Patutlah Nampak Muda, Alif Satar ‘Pecah’ Rahsia Penyanyi Lama

Ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi, betul tak? Lihat ketampanan dua figura bersaudara ini, pasti ramai tertanya, apa agaknya rahsia mereka ya…

Trending Mon, 16 Nov 2020
Hiburan Wed, 17 Oct 2018
Trending Wed, 18 Jul 2018
Trending Hari Ini Thu, 9 May 2019

Bangga Bila Berpuasa, Tapi Hakikatnya Solat Diringan-ringankan?

Raihlah keberkatan di bulan ramadan dengan perbanyakkan solat dan doa!

familuv Fri, 24 Feb 2023
Hiburan Sat, 27 Jul 2019

Permit Tidak Lulus, Sesi Bertemu Kim Jae Hwan Terpaksa Batal!

Wang akan dikembalikan sepenuhnya kepada peminat.