Teringin Cari Jodoh Di Facebook? Baca Ini!

Ahaaaa berita baik bagi korang yang sedang cari jodoh. Korang tak perlu bersusah-payah mencari pasangan hidup di luar kerana Ketua Eksekutif Facebook Inc (Facebook), Mark Zuckerberg akan bantu korang. Kini semua di hujung hari saja wak!  

Beliau baru saja mengumumkan rangkaian media sosial itu memperkenalkan pelbagai ciri terbaharu, termasuk kemudahan berjanji temu (dating). Wohoooo!

Pengumuman itu dibuat ketika media sosial berkenaan memberi jaminan untuk mempertingkatkan perlindungan hak peribadi pelanggannya susulan skandal Cambridge Analytical.

Zuckerberg mendedahkan rancangan itu dalam satu persidangan yang bertujuan membantu orang ramai mendapat pasangan hidup masing-masing.

“Ciri baharu ini akan membantu orang ramai menjalin hubungan sebenar, bagi tempoh yang panjang dan bukannya untuk suka-suka,” katanya ketika memperkenalkan ciri terbaharu itu, sambil mendedahkan bahawa satu daripada tiga perkahwinan di Amerika Syarikat terjalin selepas pasangan itu bertemu secara dalam talian.

Ketika ini, kira-kira 200 juta pengguna Facebook dikenal pasti sebagai masih bujang

SGMS Faida