MKI Umum Tiada Solat Terawih Di Seluruh Negara Ramadan Ini

Solat sunat terawih merupakan antara perkara yang sering ditunggu umat Islam menjelang Ramadan.

Namun, menerusi satu Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas Kali Ke-3 yang diadakan hari ini , Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam (MKI) telah mengadakan ketetapan seragam tiada solat tarawih secara berjemaah diadakan di surau dan masjid seluruh negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, berkata orang ramai diminta solat di rumah sepanjang tempoh itu bagi memutuskan rantaian jangkitan wabak.

Kredit foto: Google

Beliau turut mengalakkan agar solat tarawih elok diadakan di rumah bersama keluarga kerana buat masa ini kesihatan orang awam perlu diutamakan.

Dalam satu kenyataan lain, Datuk Dr Zulkifli menambah bahawa solat sunat terawih tidak sah dilakukan secara online ketika PKP. Hal ini kerana, syarat sah solat berjemaah memerlukan tindakan pergerakan fizikal yang dilakukan imam ketika solat.

Umat Islam seluruh dunia dijangka bakal menyambut Bulan Ramadan pada Hari Jumaat, 24 April ini.

Sumber: Berita Harian

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”