Rugi Tak Tengok! Jom Layan Telefilem Menarik Sepanjang Ramadan Ini Di Slot Cerekarama TV3!

Boleh dihitung dengan jari beberapa hari sahaja lagi kita semua akan menyambut bulan Ramadan. So far, korang dah habis ganti puasa ke belum?Bagi yang belum habis ganti tu cepat-cepat ganti ye.

Bila tiba bulan Ramadan, pasti kita tertunggu-tunggu cerita menarik yang disajikan di televisyen kan? Ha, jangan risau. Seperti biasa, TV3 sentiasa menyediakan rancangan-rancangan terbaik untuk tatapan korang. Lebih-lebih pada waktu ini kita semua perlu duduk di rumah bagi mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kan.

TV3 bakal menghidangkan pelbagai program menarik yang bertemakan ‘Setulus Ikhlas’ istimewa buat seluruh rakyat Malaysia pada Ramadan ini. Bagi korang yang meminati telefilem dalam slot Cerekarama, ini senarai telefilem yang korang boleh layan sepanjang Ramadan ini. Check it out!

Amanat (25 April 2020)

Husin dan Hasan diberikan pendedahan awal dalam pembelajaran Al-Quran sejak kecil kerana ayah mereka mengharapkan anak-anaknya menjadi Qari yang terbaik. Namun, cara didikan ayah mereka yang agak keras telah menyebabkan kedua-duanya memberontak. Untuk tau kisah selanjutnya jangan lupa tengok 29 April Nanti ye.

Jihad Ramadan (2 Mei 2020)

Juita dan Hasan hidup secara sederhana dan bahagia dengan anak perempuan mereka, Alina. Sebuah tragedi telah berlaku sebelum tibanya bulan Ramadan apabila Hasan diperangkap dan didakwa atas tuduhan memiliki ganja. Jika pelakon hebat seperti Nabila Huda, Pekin Ibrahim dan Fauzi Nawawi yang berlakon dalam telefilem ini, confirm menarik!

Tragedi Balik Kampung (9 Mei 2020)

Amir, Pian dan Lan terpedaya apabila mereka terbeli tiket palsu untuk pulang ke kampung pada hari raya. Mereka bernasib baik apabila jiran yang baik hati sudi pinjamkan van jenazah kepada mereka. Nak tahu apa halangan yang terpaksa dihadapi oleh mereka, jangan lupa tengok pada 9 Mei ini okay.

Realiti Ramadan Mike (16 Mei 2020)

Kekayaan menyebabkan Mikail menjadi seorang yang tamak dan egois. Sikap yang sering menderma hanya untuk mendapatkan ‘status’. Sampai satu ketika, dia menghidap penyakit buah pinggang namun dia masih tidak gentar kerana dia tahu kuasa duit mampu mengubah nasibnya.

Menarik kan telefilem-telefilem ni? So save the date depan tv setiap Malam Sabtu pukul 9 malam ye.

Aisyah Badrul

Shes got a 70s head but shes a modern lover