“Mohon Doa Semua Ya”- Wani Kayrie Dijangkiti Covid-19

Dalam penyebaran wabak Covid-19 yang tidak pernah berhenti, tak mustahil untuk para penggiat seni dijangkiti Covid-19.

Selepas pelakon Daiyan Trisha mengumumkan dia dijangkiti wabak terbabit, kini penyanyi Wani Kayrie pula mengumumkan dirinya positif Covid-19 menerusi perkongsian di Instagram pada Ahad.

ARTIKEL BERKAITAN: “Alami Migrain, Sakit Tekak & Berat Kepala Tetapi Tidak Teruk…” – Daiyan Trisha Positif COVID-19

Biarpun dijangkiti Covid-19, Wani atau nama sebenarnya Syazwani Abdullah, 21, tetap optimis dan merasakan setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.

“Setakat ini, Wani perlu kuarantin diri di rumah selama 10 hari atas nasihat doktor, ” tulis Wani.

Pelontar lagu Jangan-Jangan itu juga menjelaskan antara simptom yang dialaminya termasuklah demam panas, sakit kepala, batuk, selsema dan sakit tekak.

Walaubagaimanapun, Wani mengakui dirinya berhadapan dengan kesakitan yang teramat sangat.

“Alhamdulillah deria bau dan rasa Wani masih ada. Tapi, sakit dia teramat sakit. Tak tipu,” kata Wani di dalam perkongsian tersebut.

Wani juga sempat mengingatkan orang ramai untuk menjaga diri sebaik mungkin.

Perkongsiannya itu mendapat lebih daripada 500 komen yang dibanjiri dengan doa dari rakan selebriti dan peminat memohon agar Wani cepat sembuh seperti sedia kala.

 

 

Wani menerusi Instagram Story turut memaklumkan pengurusnya juga positif wabak terbabit dan meminta sesiapa yang mempunyai kontak rapat dengan mereka untuk melakukan ujian calitan sebagai tanda berjaga-jaga.

Muzik video single terbaharu Wani, Jangan Terlepas Pandang bakal ditayangkan hari ini menerusi saluran YouTube Rocketfuel Network.

Arfah