“Mungkin Saya Lebih Baik Daripada Orang Yang Kutuk Tu…” – Kini Berimej Free Hair, Isteri Yonnyboii Hindar Baca Komen Netizen

Sejak kebelakangan ini, nama isteri kepada penyanyi Yonnyboii, Nik Nazira sering menjadi buah mulut netizen disebabkan penampilannya yang tidak lagi bertudung.

Menurut Nazira, imej bertudung yang dibawanya pada tahun lalu dianggap sebagai satu tempoh percubaan, jelasnya ketika ditemui pada majlis berbuka puasa anjuran Universal Music Malaysia.

Tambahnya, imej tidak bertudung yang digayakan bukan imej baru dan meminta agar netizen mendoakan yang baik-baik buat dirinya.

“Bagi saya tak adalah penampilan baru. Sebab saya baru cuba bertudung setahun. Bagi saya doakan jelah yang baik-baik.

“Sebab kita tak tahu mungkin dalam masa setahun dua ni, mungkin saya lebih baik daripada orang yang kutuk tu, atau orang yang kutuk tu jadi lebih teruk daripada dia sekarang sebab kita tak tahu jalan hidup kita,” katanya.

Sementara itu, Nazira menjelaskan dia sudah bersedia berhadapan dengan orang ramai saat mengambil keputusan untuk kembali tidak mengenakan tudung.

“Sebelum saya bercadang untuk terbuka mengenainya, saya dah ready. Saya tak baca pun komen sebenarnya… saya cuba untuk hindarkan (baca komen). Sebab saya tahu kalau saya baca saya lagi sakit hati.

“Tak mengapalah… mulut orang kita tak boleh nak buat apa-apa,” ujarnya.

Sebelum ini, orang ramai menyedari penampilan berbeza Nazira selepas dia dan Yonnyboii menghaditi Majlis Anugerah Joox 2021 dengan tidak mengenakan tudung.

Yonnyboii dan Nazira berkahwin pada 20 November tahun lalu, sehari selepas perkahwinan penyanyi Haqiem Rusli.

Sumber: Gempak

Maya Basir