Featured By: Salma Syahbuddin July 20, 2022 @ 6:59pm

“Patut Hati Bersih Lah, Jangan Sibuk Hal Orang…”- Nurul Zahid Kena Tegur, Netizen Minta Jangan Sebar Aib

Lantang menyuarakan pendapatnya di media sosial, Datuk Nurul Hidayah Ahmad Zahid sekali lagi menarik perhatian warganet apabila dilihat berkongsi satu hantaran di laman Instagram miliknya pada Selasa.

Menerusi perkongsian tersebut, Nurul Hidayah yang mesra disapa dengan panggilan Kak Long ini dilihat mengkritik seorang individu wanita kerana menanggalkan hijabnya ketika berada di sebuah kafe yang terletak di kota Mekah baru-baru ini.

Dalam hantaran yang sama, Nurul berpendapat bahawa individu tersebut mengalami masalah mental kerana bertindak membuka hijab selain turut mempersoalkan agama wanita berkenaan.

“Semalam saya di Starbucks ZamZam Tower, Makkah. Saya terkejut pertama kali menyaksikan didepan mata saya seorang wanita dengan selamba melepaskan tudungnya.

“Saya tak pasti dia beragama apa setelah Saudi membuka ruang ‘Tourists Visa’ adakah agama lain dibenarkan masuk ke Tanah Suci Mekkah? ATAU wanita ini sedang mengalami masalah mental? Wallahualam,” tulisnya.

Meskipun tidak berkesempatan untuk bertanyakan apakah masalah sebenar yang dihadapi wanita tersebut kerana dihalang oleh suaminya, Nurul bagaimanapun menyifatkan ini adalah salah satu bentuk akhir zaman.

 

Tidak habis disitu, seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai @KucingKuncitara dilihat memuat naik semula tangkap layar tersebut  sehingga menimbulkan rasa kurang senang warganet terhadap perkongsian yang dibuat oleh Nurul Hidayah.

Menurut mereka, tindakan tersebut tidak sepatutnya berlaku kerana ia seolah-olah membuka aib individu terbabit.

Terdahulu, anak sulung kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi iaitu Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid tular di ruangan media sosial selepas kenyataannya mengenai ‘Wanita Tidak Layak Menjadi Pemimpin’ mencetuskan kontroversi dalam kalangan masyarakat.

 

ARTIKEL BERKAITAN:“Sebagai Pelajar Harus Bertanggungjawab, Ni Sikit-Sikit Letak Kat Sosial Media”- Ramai Tak Setuju Pendapat Nurul Hidayah Zahid Isu Pensyarah Hina Pelajar B40

ARTIKEL BERKAITAN:Nurul Zahid Diangkat Naib Pengerusi MQ Tech, Netizen Persoal Kenyataan ‘Wanita Tak Layak Jadi Ketua’ Seolah Memakan Diri?

ARTIKEL BERKAITAN:‘Kenenkan’ Adik Dengan Siti Bainun, Nurul Zahid Akui Rasa Dikhianati – “Hubungan Mereka Toksik Dan…”

 

 

Sumber: Twitter, Instagram

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 26 Nov 2019

“I Pride Myself On Quality” But “Hairs” Were Found in The Conspiracy Palette, Allegedly

So, how does this muti-millionaire beauty vlogger react when allegations of defected products went viral on Twitter?

Hiburan Sat, 8 Feb 2020

POWER! Persembahan Interlude #AJL34 Yang Mengimbau Kenangan, Confirm Korang Akan Sing Along!

Kalau nak throwback lagu karya Dato’ M. Nasir, memang banyak sangat.

Hiburan Wed, 11 Sep 2019
Hiburan Thu, 11 Apr 2019

Jangan Main-Main, Raline Shah Pakar ‘Menembak’ Sekarang!

Raline juga berkongsi pengalaman belajar menembak selama sebulan sehingga berjaya mengawal senjata dan menggunakan senjata M 17 dan M4.

Trending Mon, 27 Apr 2020

Benarkah Penularan Wabak Covid-19 Bakal Berakhir Mei Ini?

Marilah kita sama-sama doakan yang terbaik!

Featured Fri, 26 Jan 2024
Hiburan Thu, 6 Dec 2018
Selebriti Mon, 5 Feb 2024
Featured Tue, 12 Apr 2022