Pemeriksaan Suhu Kini Tidak Diwajibkan Di Institusi Pendidikan Bawah KPM Bermula Esok

Pemeriksaan suhu badan di premis institusi pendidikan bawah Kementerian Pendidikan (KPM) tidak diwajibkan berkuat kuasa esok.

Bagaimanapun, semua guru, anggota kumpulan pelaksana (AKP), pekerja perkhidmatan sokongan dan pelawat masih diwajibkan mengimbas kod QR melalui aplikasi MySejahtera sebelum memasuki premis institusi pendidikan di bawah KPM.

“Sebagai langkah keselamatan, ibu bapa atau penjaga dimohon supaya memastikan anak atau anak jagaan mereka berada dalam keadaan sihat dan tidak bergejala sebelum hadir ke sekolah,” katanya.

Ketetapan itu dibuat susulan pengumuman Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein pada Selasa lalu berkaitan pemansuhan prosedur operasi standard (SOP) pemeriksaan suhu badan dan buku rekod mendaftar masuk di premis bermula esok.

Sementara itu, KPM juga menegaskan murid yang bergejala atau mempunyai ahli keluarga yang disahkan positif serta tinggal serumah, tidak dibenarkan hadir ke sekolah.

 

 

Sumber : Bernama

Salma Syahbuddin