“Pernah Tidur Di Lantai Hospital…” – David Beckham Menangis di Hari Perkahwinan Anak Sulung

David Beckham tidak dapat menahan sebak di perkahwinan anak lelaki sulungnya, Brooklyn Beckham bersama Nicola Peltz, pada Sabtu.

Bekas pemain bola sepak Inggeris itu turut memberikan ucapan menyentuh hati yang mengingatkan kembali kenangan menimang cahaya matanya yang pertama itu, menjadikan majlis tersebut lebih bermakna.

Terdapat sumber memberitahu The Sun, ucapan David Beckham berlangsung selama 5 minit dan pada ketika itu, dia mula mengalirkan air mata.

“Dia bercerita tentang Brooklyn semasa lahir dan bagaimana dia mahu melindunginya.

“Dia juga pernah tidur di lantai hospital sambil memegang kepada pintu kerana dia tidak mahu ada orang masuk.

“David kemudian mengalami sakit tekak dan terpaksa berhenti untuk tarik nafas kerana terlalu sebak, namun ucapan tersebut merupakan ucapan yang termanis sekali,” kata sumber.

Sementara itu, legenda dalam sukan bola sepak itu juga turut memberikan pujian untuk anak menantunya semasa di upacara makan malam pra-perkahwinan mereka pada Jumaat.

“Kami sekeluarga sangat menyayangi kamu. Kami sangat teruja kamu akan menjadi sebahagian daripada keluarga kami,” katanya.

David juga menghadiahkan anak lelakinya itu sebuah kereta Jaguar bernilai $500,000 (RM2,115,250) sebagai hadiah perkahwinannya.

Sumber: Birmingham Mail

Maya Basir