Romantiknya! Suami Bina Replika Taj Mahal Untuk Isteri Sebagai Simbol Cinta Di India

Seorang guru dari negeri Madhya Pradesh, India telah membina replika Taj Mahal untuk isteri sebagai simbol cintanya.

Memetik laporan Dailymail, Anand Prakash Chouksey, 52, membina istana marmar seluas 929 meter persegi untuk isterinya, Manju Shah, 48, yang juga seorang guru.

Menurut Anand, dia ingin membina sebuah rumah unik di pekan kecil tetapi mahu membina kediaman tetap sehingga menjadi bualan ramai penduduk setempat.

“Apakah yang lebih baik daripada membina Taj Mahal? Rumah ini adalah simbol cinta saya kepada isteri seperti kisah cinta Mumtaaz Mahal,” katanya.

Taj Mahal asal dibina oleh Maharaja Empayar Mughal, Shah Jahan antara tahun 1632 dan 1653 sebagai makam isterinya, Mumtaz Mahal di tebing sungai Yamuna di Agra, Uttar Pradesh.

Pembinaan rumah mewah itu bermula tiga tahun lalu, dan pasangan yang mempunyai dua anak itu berpindah ke kediaman mewah mereka tahun ini.

Tambah Anand, sejak berpindah ke rumah itu, ramai penduduk tempatan dan pelancong berkunjung untuk merakam penggambaran pra-perkahwinan yang bergaya mengikut bajet.

“Ia adalah tempat pelancongan tetapi kini orang ramai berpusu-pusu ke rumah saya untuk melihatnya.

“Saya sangat teruja tetapi saya gembira melihat isteri saya senang dengan rumah itu dan kami bahagia tinggal di sini,” jelas Anand.

 

Sumber: DailyMail

Kredit Foto: Caters News Agency

Marcella