Baju Terlampau Ketat Sampai Nampak Bentuk Badan, Netizen Dakwa Ameera Khan Besarkan Payudara

Selain Neelofa, Ameera Khan antara yang sering menjadi perhatian netizen bukan sahaja kerana kontroversinya malah, penampilan dan gayanya yang cukup versatile.

Namun, perkongsian Ameera atau lebih dikenali dengan panggilan Little Miss Khan baru-baru ini menimbulkan spekulasi dalam kalangan netizen apabila tampil menggayakan beg berjenama mewah dengan pakaian ketat sehingga menampakkan bentuk badannya.

“Kalau nak tunjuk beg, beg je kak…body tak payah tunjuk, moga Allah bagi hidayah”

Bukan itu sahaja, rata-rata netizen mempersoalkan penampilan Ameera yang disifatkan sebagai kurang sesuai dengan imejnya yang berhijab.

Malah, tidak kurang juga yang mendakwa bahawa gadis berusia 20 tahun ini menjalankan rawatan untuk membesarkan ‘aset’ nya itu.

Bagaimanapun, Ameera dilihat lebih senang untuk berdiam diri dan tidak menjawab sebarang pertanyaan dan komen yang ditinggalkan oleh netizen serta followers beliau.

 

Salma Syahbuddin