“Saya Akan Perbaiki Kualiti Lakonan” – Kini Aktif Dalam Dunia Lakonan, MK Dilabel Pelakon Kayu

Anggota kumpulan K-Clique, MK berharap agar dirinya tidak dilabel sebagai pelakon ‘kayu’ kerana baru menceburi dunia lakonan.

Bagi MK, dia menganggap dirinya masih dalam proses pembelajaran.

“Setakat ini, saya belum terima kritikan yang keterlaluan. Sekadar gelar saya ‘kayu’, biasalah. Namun, saya harap, tidak terus dilabel seumpama itu.

“Saya bukan ‘kayu’, cuma kurang pengalaman. Saya akan belajar memperbaiki kualiti lakonan. Insya-Allah dari ‘kayu’ perlahan-lahan keluar daun dan menjadi bunga.

“Berlakon memberi saya kepuasan. Apabila saya dapat meneroka sesuatu yang baharu terutama membawakan watak yang berbeza, ia memberi saya keseronokan,” katanya kepada BH Online.

Dalam pada itu, MK juga bersyukur, biarpun loghat negeri kelahirannya masih pekat, penerbit drama tidak pernah diskriminasi terhadapnya.

“Penerbit bagi peluang ikut keselesaan. Asalkan penonton faham. Namun, saya perlahan-lahan cuba mengubah loghat tetapi tidak secara drastik,” katanya.

Sumber: BH

Marcella