Selepas Isu Rakam Babak ‘ House Of Gucci’, Ameera Khan Dikritik Gara-Gara Kek Batik Keras

Belum habis dengan isu kontroversi melibatkan rakaman sebuah babak filem baru-baru ini, adik kepada Neelofa yang juga merupakan pempengaruh media sosial, Ameera Khan sekali lagi menjadi buah mulut netizen apabila kek batik dibawah jenama Little Miss Khan (LMK) Kek Batik mendapat kritikan dilaman Twitter.

Menerusi perkongsian yang dibuat oleh segelintir netizen dilaman sosial berkenaan, Kek Batik LMK yang dijual dikatakan keras dan kering dengan harga tidak bersesuaian.

Namun, jika dilihat kepada video yang dimuat naik oleh netizen, kek batik berkenaan tidaklah seperti kek batik kebiasaan yang dijual dengan harga murah dan diakui keenakannya.

Selain itu, terdapat segelintir netizen yang berpendapat kek batik keluaran LMK ini adalah penghinaan kepada kek batik yang sedia ada di pasaran.

 

Salma Syahbuddin