Penularan Varian Omicron, Lockdown Akan Berkuatkuasa Semula? Ini Jawapan KJ

Sejak beberapa hari lalu, kes melibatkan varian COVID-19 dan Omicron semakin menunjukkan peningkatan.

Justeru itu, langkah pembendungan jangkitan COVID-19 akan dibuat bersandarkan kaedah yang berkesan dan tidak keterlaluan, berbanding pelaksanaan sekatan pergerakan atau ‘lockdown’.

Menurut Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, ketika ditanya mengenai adakah pelaksanaan lockdown akan dilakukan sekali lagi?

Beliau menjelaskan,  Kementerian Kesihatan (KKM) kini akan menyelaras segenap langkah pembendungan dan kawalan wabak menerusi pendekatan lebih terangkum.

“We dont mention the ‘L’ word anymore (kita tak sebut lagi perkataan L itu), sebaliknya semua tindak balas akan dibuat mengikut kaedah yang berkesan, tetapi tidak keterlaluan.

“Sampai bila lagi pun kita nak tutup sempadan, sebolehnya kita nak bergerak ke hadapan, tanpa perlu toleh ke belakang lagi, justeru perkataan ‘L’ itu patah balik belakang.

“Memang kita sedaya upaya nak elakkan perintah berkurung atau sekatan pergerakan,” katanya.

Terbaharu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran bahawa COVID-19 varian Omicron yang sudah mengorbankan banyak nyawa di seluruh dunia tidak boleh lagi dianggap ringan.

 

Sumber : BH

Salma Syahbuddin