Trending By: Aqilah Paharuzi August 9, 2023 @ 5:34pm

Serah Soal Anak Pada Rezeki… Dini, Janna Bakal  Pindah Ke Rumah Baru

Pelakon, Dini Schatzmann memaklumkan bakal berpindah ke kediaman baharu sekitar penghujung bulan ini bersama isteri tercintanya, aktres Janna Nick.

Selepas genap dua bulan mendirikan rumah tangga, Dini berkata rutin hariannya dan Janna tidak berubah, namun bersyukur apabila ada teman hidup yang melengkapi kehidupannya. 

“Alhamdulillah, everything is great. Kehidupan memang tak ada beza, kami masing-masing sibuk bekerja. 

“Hanya yang beza adalah kami sentiasa ada bersama. Balik rumah, Janna ada. Perasaan bila ada teman hidup setiap pagi dan setiap malam adalah perkara paling menyeronokkan.  

“Walaupun sibuk bekerja tapi balik rumah kita boleh berkongsi kehidupan harian masing-masing, itulah yang saya paling suka,” katanya. 

Dini Schatzmann

Dini tidak menafikan dia dan Janna banyak berbelanja terutamanya untuk berkahwin dan membina rumah bersama, kini pasangan sejoli sedang giat bekerja keras dan bersedia untuk menimang cahaya mata. 

Bagaimanapun, Dini berkata dirinya dan Janna tidak merancang dan bergantung kepada rezeki Allah SWT. 

“Kami tak memperlahankan kerjaya seni. Lepas kahwin, ada lima hari saja untuk berbulan madu. Buat masa sekarang, kami akan berpindah ke rumah baru pada penghujung bulan ini. 

“Banyak duit keluar untuk rumah, panggil interior design lepas kahwin lagi, jadi kena kerja keras lebih lagi dan Insya-Allah akan ada anak tak lama lagi. 

“Kami tidak merancang, kalau ada rezeki, jadi adalah,” akhirnya yang ditemui di Majlis Sidang Media dan Tayangan Filem Bakara, semalam. 

Artikel Berkaitan: “Bangun Tidur Ada Orang Kemaskan Katil…” – Janna Nick Akui Bahagia Dengan Dini Schatzmann Selepas Hampir 2 Minggu Berkahwin

Artikel Berkaitan: Demi Jayakan Watak, Janna Nick Potong Rambut Pendek Selepas 6 Tahun… Suami Pula Tak Suka – “Nampak Macam Budak Jahat”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Selebriti Mon, 5 Feb 2024
Hiburan Tue, 24 Apr 2018

Kenapa Madonna Tak Izin Seluar Dalam Dilelong?

Namun pihaknya gagal dalam usahanya menghalang lelongan barangan peribadi miliknya termasuk surat putus cinta daripada legenda Rap, Tupac Shakur dan seluar dalam yang dipos kepada kekasihnya.

Featured Wed, 24 Aug 2022
Featured Thu, 29 Sep 2022
Hiburan Sat, 14 May 2022
Hiburan Sun, 21 Jan 2024