Siar Azan 4 Minit Lebih Awal, Penyampai Radio Mohon Maaf

Semalam tular dibeberapa platform media sosial yang mendakwa telah berlaku kesilapan teknikal apabila azan maghrib di negeri Tawau, Sabah disiarkan sebanyak dua kali iaitu pada jam 6.16 petang dan 6.20 petang.

Justeru itu, penyampai radio Tawau FM, Mohd Safwan Junit yang bertugas menerusi segmen Syoknya Hujung Minggu membuat permohonan maaf terbuka susulan kesilapannya menyiarkan azan maghrib empat minit lebih awal di Facebook miliknya.

“Kesilapan ini disebabkan kesilapan teknikal dan kesilapan diri saya sendiri,” katanya.

Sementara itu, Safwan juga memohon maaf kepada seluruh penduduk Tawau yang terkesan dengan tindakannya itu.

“Saya dengan rasa rendah diri, secara peribadi memohon maaf kepada warga Tawau yang terkesan dengan kejadian ini. 

“Kesilapan ini adalah kesilapan dari diri saya sendiri dan bukan RTM Tawau atau Tawau FM,” jelasnya.

 

Sumber : @Tawautown

Salma Syahbuddin