Categories: Trending Hari Ini

SOP Pengurusan Sekolah Selepas Tamat PKP Muktamad, Sekolah & Guru Perlu Bersedia

Sekolah akan dibuka?

Garis panduan (SOP) pengurusan sekolah pasca Covid-19 atau selepas tamat PKP adalah muktamad dan akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

Menteri Kanan Pendidikan, Dr. Mohd Radzi Md Jidin berkata, pihaknya bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah melengkapkan panduan itu untuk digunakan apabila sesi persekolahan bermula.

SOP berkenaan akan memberi penekanan terhadap perubahan kepada sesi pengajaran dan pembelajaran kepada 5.4 juta pelajar seluruh negara.

“Jika dulu sebuah kelas boleh memuatkan sehingga 35 pelajar namun selepas ini jumlah itu akan dikurangkan kepada 16 hingga 17 orang bagi menjaga penjarakan sosial,” katanya menerusi program Soal Rakyat Wawancara Khas TV3 semalam.

Notis Akan Diberikan 2 Minggu Lebih Awal

Garis panduan akan dikeluarkan lebih awal bagi membolehkan pihak guru, sekolah dan pelajar membuat persediaan secukupnya.

Norma baru yang dilaksanakan ini tidak akan menjadi beban buat guru dan sekolah kerana kemasukan pelajar selepas PKP kelak hanya melibatkan sejumlah pelajar yang minimum.

“KPM akan membenarkan pelajar kelas peperiksaan Tingkatan Lima dan Enam untuk hadir ke sekolah terlebih dulu untuk memantau tahap kepatuhan serta keberkesanan SOP yang ditetapkan,”katanya.

Untuk maklumat lanjut, korang boleh tonton video di bawah:

Sumber: Youtube Buletin TV3

Baca Juga: [TERKINI] Suami Isteri Tinggal Berjauhan Atas Urusan Kerja Dibenarkan Rentas Negeri – PM

Syafiqa Irdina