Categories: Trending

[TERKINI] Jangan Cari Penyakit! Ibu Bapa Disaran TIDAK Membawa Anak Kecil Ke Pusat Beli-Belah

“Jangan gunakan kebebasan PKPB ini dan akhirnya kita bahayakan nyawa keluarga kita”

Itu adalah kata-kata yang dipetik daripada ucapan Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang menasihatkan orang ramai agar tidak membawa anak kecil mereka ke pusat beli-belah.

Sumber : Google

Ianya bertujuan untuk mengelakkan kanak-kanak ini terdedah kepada bahaya jangkitan Covid-19.

Tambahnya lagi, walaupun tiada sekatan sedemikian mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) berkuat kuasa, namun adalah menjadi tanggungjawab keluarga untuk tidak mendedahkan kanak-kanak kepada bahaya itu.

Salma Syahbuddin