Teruja Dapat Kek Birthday Dari Jiran, Reaksi Budak Lelaki Ini Buat Netizen Sebak

Bak kata pepatah, jiran sepakat membawa berkat.

Jiran adalah orang yang tinggal di sekeliling rumah kita dan penting dalam kehidupan kita.

Terbaharu, seorang pengguna TikTok yang bernama @imanfauzi97 telah memuat naik sebuah video di aplikasi terbabit dan berkongsi tentang kisah hidup berjiran.

Video itu menyaksikan detik ketika Iman ingin membuat kejutan untuk anak jirannya dikenali sebagai Haikal yang akan menyambut ulang tahunnya pada hari itu.

@imanfauzi97

Suprise kan anak jiran, sayu tengok , dulu kita pernah seumur mereka, happy tengok❤️😊☺️ #suprisebirthday #birthdayboy #fypシ #fyp

♬ original sound – ImanFauzi97 – ImanFauzi97

Reaksi Haikal pula undang sedih!

Iman berhasrat untuk membuat kejutan itu setelah melihat ucapan dari jirannya di aplikasi WhatsApp.

Walaupun, moment itu nampak seronok dan gembira, namun dari sudut hati yang paling dalam, ada yang tersentuh melihat reaksi adik Haikal ketika menerima kunjungan dari Iman sambil membawa kek.

Melihat ruangan komen di laman TikTok, tidak dinafikan ramai yang mendoakan agar pemuda itu dimurahkan rezeki, tetapi ada juga yang meluahkan rasa sedih melihat kanak-kanak lelaki itu.

Marcella