Didakwa Memiliki Tatu Dibahagian Dada, Baby Shima Dikecam Netizen

Pernah dikaitkan dengan isu berpakaian seksi, kini penyanyi Baby Shima sekali lagi mengundang kecaman netizen kerana didakwa bertatu.

Ia adalah selepas bintang kelahiran Malaysia yang kini mencipta nama di negara seberang itu memuat naik videonya dengan selebriti media sosial, Ammar Nazhan di TikTok.

Menerusi video terbabit, jelas menampakkan tatu dengan tulisan ‘Baby Shima’ dibahagian dada.

@babyshimaofficial

Hmmmm LEMAH dengan @amnazhan 😂 #gurausenda #babyshima #ammarnazhan #fyp

♬ original sound – Babyshima – Babyshima

Namun, Shima atau Nor Ashima Ramli tidak mengiyakan atau menafikan perkara terbabit dan dia terus membiarkan netizen membuat spekulasi.

“Bagi saya, bertatu nampak cantik, tetapi saya enggan bercakap terlalu banyak.

“Biarlah netizen menilai sebab kalau saya bercakap baik sekalipun, ia masih tidak diterima oleh netizen.

“Jadi, saya buat apa yang saya suka. Yang penting, saya tidak kacau hidup orang lain,” katanya ringkas kepada BH Online.

Dalam perkembangan lain, Baby Shima kini menanti pintu sempadan dibuka untuk meneruskan kerjaya seninya di Indonesia.

 

Sumber: BH

Marcella