Featured By: Arfah January 4, 2022 @ 5:27pm

Tular Video Pemandu Lori Langgar Tiga Buah Kereta Dituduh Mabuk, Rupa-Rupanya Sedang Alami Sakit Jantung

Baru-baru ini tular sebuah video menunjukkan seorang pemandu lori yang terlibat dengan satu kemalangan membabitkan tiga buah kereta yang berlaku di Jalan BRP 8/2, Sungai Buloh berdekatan dengan kilang Daikin.

Seorang wanita yang merakamkan kejadian tersebut telah menuduh pemandu lori itu sedang mabuk.

“Awak mabuk ke? Awak tak nampak apa awak buat?” tanya wanita itu sambil menghalakan kamera terhadap pemandu berkenaan.

Pemandu lori tersebut kelihatan sedang menahan sakit kerana dia tidak mampu berkata apa-apa.

Video itu dimuat naik di laman Facebook sehingga tular sehingga ada yang mempercayai tuduhan wanita itu yang mengatakan pemandu tersebut mabuk.

“Abang ni tak mabuk…”

Walaubagaimanpun, seorang lelaki yang dipercayai rakan sekerja pemandu lori tersebut tampil menjelaskan situasi sebenar melalui hantaran suara di satu aplikasi komunikasi.

“Kalau sesiapa viral video ni, bagitahu dekat mereka abang ni tak mabuk. Nama dia Syukri. Dia kerja dekat Daikin dekat Sungai Buloh. Ni kira kawan lama jugalah hampir kenal dekat 10 tahun lebih.

“Dia sakit jantung, dah bawa pergi hospital. Dah meninggal,” jelas lelaki itu.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Shafa’aton Abu Bakar melalui satu kenyataan media pada hari ini mengesahkan kejadian.

“Pemandu lori tersebut dipercayai sakit dada sehingga menyebabkan lori hilang kawalan lalu melanggar tiga buah kereta yang parkir di bahu jalan,” kata Shafa’aton.

Menurutnya, pemandu lori tersebut telah meninggal dunia pada Isnin, jam 12.09 tengah hari akibat ‘mycocardial infarction’ iaitu masalah di bahagian jantung.

Siasatan lanjut masih dilakukan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Tak baik terus jatuhkan tuduhan melulu”

Sementara itu, rata-rata netizen berasa amat marah dengan wanita yang menuduh pemandu lori itu mabuk dan memintanya memohon maaf kepada keluarga pemandu lori tersebut.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 28 Dec 2018

Noraniza Idris Sebak Di Majlis Pernikahan Anak Sulung

Tahniah Kak Ani terima menantu. Semoga rumah tangga Aliff dan Ezza kekal sampai ke jannah. Insya Allah…

Featured Wed, 12 Oct 2022
Featured Wed, 17 Jan 2024

Netizen Tegur Suami Makin Kurus & Penampakan Baby Bump, Ini Respons Intan Najuwa

Fuh, serius Datuk makin kurus lah pandai Intan jaga😍 Baby bump tu kalau betul alhamdulillah.

Featured Fri, 25 Aug 2023

[VIDEO] Sharnaaz Ahmad Terbuka Tentang Poligami – “Dalam Al-Quran Lelaki Boleh Kahwin Empat”

‘Kalau isteri pertama boleh terima, kahwin.. Kalau tak boleh, cerai’ – Sharnaaz Ahmad

Luar Negara Mon, 30 May 2022

Schumacher Terbabit Kemalangan Ngeri Di Litar Monaco

Mick Schumacher alami kemalangan kedua di litar Monaco selepas kemalangan di Arab Saudi.