Categories: Trending

Tular Isu Sihir Gambar Wanita DI TikTok, Ini Respons Caprice

Baru baru ini, isu mengenai ritual yang didakwa sebagai sihir secara maya tular dalam kalangan netizen di platform TikTok.

Lebih mengerikan, ritual itu dilakukan bersama patung voodo dan gambar beberapa mangsa secara atas talian.

Isu tersebut mendapat perhatian ramai selebriti termasuk rapper dan usahawan Caprice.

Menerusi laman Instagram, Caprice memberikan pendapat beliau secara terbuka dan berharap agar ada badan khusus yang ditubuhkan untuk membanteras ilmu hitam ini.

“Masalah sihir dan santau dari zaman ‘atok moyang’ Caprice hinggalah zaman Facebook masih ada,” katanya.

Malah, Caprice turut memberi cadangan agar pihak berwajib seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengambil serius mengenai perkara ini.

“Kalau orang biasa boleh cari bomoh, takkan task force pakar bab ni tak boleh tangkap,” katanya lagi.

Meninjau ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan cadangan Caprice malah turut meninggalkan pengalaman mereka sendiri berdepan dengan perbuatan ilmu hitam ini.

Tak kurang juga yang berharap agar kerajaan mengambil pendekatan secara lebih serius dan menubuhkan lebih banyak institusi keagamaan bagi membanteras isu ini.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”