Trending By: Salma Syahbuddin January 10, 2021 @ 10:00am

Tulus Pamer Transisi Berbeza Azmi Saat

Bukan sahaja merupakan karya pertama yang dicipta Azmi sejak tahun 2008, Tulus sekaligus menyerlahkan lagi bakat dalam diri anak seni ini.

Tulus merupakan single dari Azmi Saat yang disifatkan sebagai lagu yang cukup istimewa kerana melodi dan liriknya adalah berkisarkan tentang perasaan terhadap orang dicintai iaitu isteri beliau sendiri.

ARTIKEL BERKAITAN : Azmi Caliph Buskers Teruja Lagu Tulus Diterbitkan Selepas 12 Tahun

Azmi kongsi saat getir bersama isteri

Berkongsi kisah mengenai kehidupan peribadinya, Azmi mengakui pernah melalui saat getir bersama isteri termasuklah terpaksa menjual hantaran perkahwinan untuk dijadikan pendahuluan sewa rumah baharu mereka.

“Pada awal perkahwinan iaitu dalam tempoh dua ke tiga tahun, isteri banyak bantu. Apatah lagi dia adalah penjawat awam dan mempunyai gaji tetap.

“Jadi, apabila saya sudah ada sedikit duit, barulah saya belikan gelang baharu sebagai ganti dan berikan dia duit untuk tebus semula barangan kemas yang digadai,” katanya.

Lancar muzik video Tulus

Berkongsi sedikit pembikinan muzik video Tulus, Azmi berkata dia berlakon sebagai individu celik sebelum mengalami kecelakaan hingga mengakibatkannya buta.

Dan pada tanggal 7 Januari lalu, pihak Universal Music Malaysia dan Valient Music selaku penerbit telah melancarkan video muzik (MV) rasmi lagu Tulus di saluran YouTube Universal Music Malaysia.

Buat semua peminat Azmi Saat, single ini boleh didengar di semua pelantar digital seperti Spotify, Apple Music, KKBox, Deezer, Joox, iTunes dan YouTube.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Fri, 9 Dec 2022
Featured Mon, 22 Aug 2022

Busana Hitam Di KLFW Dikritik Macam Plastik Sampah, Ada Yang Tegur Aina Abdul Makin Over… Ini Respons Empunya Badan

Fuhhhh, fesyen Aina Abdul sentiasa berjaya curi perhatian orang ramai eh? She vassss la gais! 🔥🤭🔥 Sajat pun komen tau 🤣

Featured Mon, 20 Feb 2023
Featured Tue, 10 Jan 2023

Tayang ‘Six Pack’ Di TikTok… Atiq Azman Undang Komen Nakal, Peminat ‘Menggelupur’ Tak Senang Duduk

Pelakon kacak, Atiq Azman semakin berani mempamerkan bentuk badan yang sasa di media sosial. @therajaatiqullahSyok sendiri ke tu ♬ Dc usss – Brooke 👩🏼‍🎤 Terbaharu, Atiq telah memuat naik satu hantaran di TikTok dengan menayangkan […]

Hiburan Sat, 17 Jun 2023
Featured Thu, 13 Apr 2023

Shila Amzah Nafi Isteri Baharu Bapa Kawan Baik – “Dia Lebih Rapat Dengan Mak Berbanding Saya”

Alamak… individu didakwa isteri baru ND Lala lebih rapat dengan mak