Pengarah dan pelakon terkenal Syamsul Yusof dilihat memberikan pendapatnya mengenai isu yang sedang tular berkaitan seorang pelawak yang dilihat seolah-olah mencabar agama.
Menurut Syamsul menerusi hantaran di Instagram Story miliknya, beliau menyarankan agar pihak berwajib memperketatkan undang-undang selain perlu serius terhadap isu ini agar tidak berulang kembali.
Meskipun pendapat yang diberikan tidak sama seperti segelintir rakan selebriti yang lain namun, Syamsul atau nama sebenarnya Mohd Syamsul Mohd Yusof, 37, mengakui perkara ini masih boleh dibincangkan dengan cara baik.
“Mungkin saya tidak sependapat tentang cadangan untuk menutup terus Crackhouse Comedy Club dan masih boleh dibincangkan.
“Namun, amaran keras dan undang-undang harus diperketat.
“Jabatan agama dan pihak berwajib termasuk para pemimpin perlu serius dalam menangani isu tersebut daripada terus berlarutan tentang menghina agama Islam,”tulisnya.
Terdahulu, beberapa rakan selebriti seperti Datuk Afdlin Shauki, Shahrol Shiro dan Sharifah Amani turut menyuarakan pandangan mereka berhubung isu viral ini.
Untuk rekod, Siti Nuramira Abdullah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan menyebabkan rasa tidak harmoni dalam kalangan sesama Islam.
Bagaimanapun, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 298(1)(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum dua tahun dan maksimum lima tahun.
Sumber: Instagram
Pandangan mata Bella tu penuh dengan rasa cinta untuk Aliff Aziz 🥲🥹 Sedihnya..
Kita tak rasa apa yang isteri Caprice lalui..
Gila betul orang zaman sekarang ni ek 🥵
Alhamdulillah tahniah Tyra dan Emran
Kenapa takut tu? Suara Bella cute je min dengar 😅