Trending By: Syamir Shafie January 17, 2024 @ 5:27pm

Umpan Datang Rumah Tolong Lipat Baju…Gadis OKU Trauma Kena Amang Seksual, Siap Paksa Tengok Laki Bini Bersetub*h Depan Mata

Pasangan suami isteri yang tergamak menganiaya seorang gadis orang kurang upaya (OKU) akhirnya menanggung pembalasan setimpal atas perbuatan keji mereka berdua.

Akibat tergamak melakukan amang seksual terhadap gadis yang mengalami masalah lembam berusia 14 tahun itu, lelaki terbabit berdepan hukuman penjara berjumlah lapan tahun, manakala isterinya pula tujuh tahun oleh Mahkamah Sesyen semalam.

Pasangan tersebut masing-masing dihukum penjara lima tahun atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal dengan memegang anggota badan mangsa bagi tujuan seksual.

Difahamkan, gara-gara menyebabkan mangsa memerhati perbuatan kedua-dua laki bini yang bersifat seksual, tertuduh turut dijatuhi hukuman penjara dua tahun atas pertuduhan secara bersama melakukan amang seksual bukan fizikal.

Perbuatan terkutuk ke atas kanak-kanak malang yang dikatakan mempuyai hubungan kekeluargaan dengan mereka itu dipercayai berlaku di sebuah rumah di Kuala Langat pada 12 November dan 1 Disember tahun lepas.

Menurut Timbalan Pendakwa Raya, Nurul ‘Izzati Mohamad yang memohon agar mahkamah menjatuhkan hukuman berat kepada kedua-dua tertuduh, dia bertegas supaya kes jenayah seksual terhadap kanak-kanak dipandang serius supaya memberi pengajaran kepada orang ramai.

“Saya memohon mahkamah mengambil kira kepentingan awam agar memberi pengajaran kepada tertuduh serta orang awam supaya tidak melakukan perbuatan keji,” ujarnya.

Pada awalnya, mereka mengumpan mangsa dengan menyuruh dia datang ke rumah untuk menolong melipat baju.

Tanpa disangka, mangsa diarah untuk masuk ke bilik pasangan itu untuk melipat baju sebelum perlakuan terlarang itu dibuat.

Merujuk laporan Berita Harian, mereka bakal didakwa mengikut Seksyen 15(d) AKSTK 2017 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 10 tahun atau denda maksimum RM20,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Dalam pada itu, lelaki berkenaan akan menjalani hukuman penjara selama setahun lantaran dipercayai memiliki simpanan video lucah dalam telefon bimbit miliknya.

Bagaimanapun, mereka hanya perlu menjalani pemenjaraan selama lima tahun selepas mahkamah memerintahkan hukuman penjara berjalan serentak bermula dari tarikh tangkapan pada 1 Disember tahun lalu.

Bahkan, mahkamah turut memerintahkan agar mereka menjalani perintah kaunseling sepanjang tempoh pemenjaraan dan pengawasan selama dua tahun selepas tamat tempoh hukuman.

Sumber : Berita Harian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 9 Nov 2022

Pemergian Bapa Jadi Titik Terendah Kehidupan Cakra Khan

Penyanyi Indonesia, Cakra Khan mendedahkan pemergian bapa tersayang merupakan titik terendah dalam hidupnya. Banyak kejadian yang tak diduga berlaku kepada pelantun lagu Kekasih Bayangan itu, terutamanya ketika awal pandemik. “Sebetulnya waktu Covid-19, banyak hal yang […]

Hiburan Mon, 9 May 2022

“Saya Nak Jenguk Rumah Saya Di Sana, Dah 2 Tahun Ditinggalkan…” – Baby Shima Bakal Terbang Kembali Indonesia

Baby Shima akan meneruskan kerja-kerja tertangguh di rumah keduanya, Indonesia.

Hiburan Wed, 4 Oct 2023

“Lebih Selesa Keluar Dengan Adik-Beradik, Friend For Benefit I Avoid” – Jauhi Kawan Toksik, Che Ta Akui Banyak Luangkan Masa Untuk Beribadat

‘Depan baik, belakang menikam’ Setuju kata Che Ta kena jauhkan diri dari kawan toksik ni 😌

Hiburan Tue, 6 Sep 2022

Bekas Suami Lufya Omar Tak Melatah Nama Kena Petik Culik Anak

Pihak mana lah yang menuduh bekas suami Lufya yang nak culik anak sendiri..

Trending Tue, 16 Jan 2018

Pesawat Tergelincir Daripada Landasan, Hampir Menjunam di Laut Hitam

Pesawat Tergelincir Daripada Landasan, Hampir Menjunam di Laut Hitam

Featured Thu, 15 Sep 2022

[VIDEO] “Hensemnya Laki Orang, Gagah!” – Silat Fattah Amin ‘Pukau’ Peminat

Fuhhhh, machonya Fattah Amin bersilat! Untunggg Fazura 🤪

Featured Mon, 20 Nov 2023